"Saya dah 45 tahun dalam industri seni. Mungkin selepas ini saya tak boleh menyanyi lagi. Doktor saya ada di atas sana."
Itulah kata penyanyi Datuk Elaine Kang, dimana dia memberi bayangan mahu menarik diri daripada terus menyertai pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) selepas berdepan mas@lah kesihatan.
Pengumuman meng£jutkan itu dibuat selepas Elaine membuat persembahan pada minggu kedua GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) padq malam Ahad tadi.
Pada minggu kedua itu, Elaine mempersembahkan lagu 'Angan-Angan' yang dipopularkan oleh Raja Ema, namun sebutannya menyampaikan lagu bahasa Melayu itu menerima komen juri apabila kedengaran kurang jelas.
Klik untuk gambar besar
Elaine bagaimanapun tidak mendedahkan peny@kit sebenar yang dialami dan kenyataan dibuatnya itu nyata meng£jutkan banyak pihak termasuk barisan juri.
Pendedahan yang dibuat Elaine turut membuatkan juri tetap yang juga pengarah muzik, Datuk Ramli MS mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu kedua GV12.
Malah, Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram itu turut memberi peluang buat Elaine menyanyikan lagu berbahasa Cina dalam persembahan minggu hadapan.
"Awak masuk GV kami sangat hargai. Kita tak pernah d£ra artis. Minggu depan nyanyi lagu berbahasa Cina," ujarnya ketika memberi komen.
Disamping itu, Hetty Koes Endang selaku juri turut naik ke atas pentas dan memeluk Elaine sebagai memberi semangat serta tanda sokongan, selain memintanya untuk terus bertah@n.
Untuk info, pada minggu pertama, Elaine tidak menampilkan persembahan yang memberangsangkan apabila berada di kedudukan tiga terendah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment