10 November 2025

P0TONG GULA, GARAM, AJINOMOTO, NASI & MINYAK - QUE HAIDAR AMAL PEMAKANAN YANG SIHAT : "MULA-MULA RASA MACAM SUS4H JUGA TAPI SEKARANG DAH BIASA, DUA MINGGU SAYA MEMANG MENT4L"



"Saya p0tong gula, garam, ajinomoto, nasi, dan minyak. Tapi kalau sekali-sekala teringin, saya akan guna minyak zaitun. Dalam seminggu tu, mungkin sekali atau dua kali sahaja saya ambil makanan yang ada garam. Saya guna garam pink."

Demikian jelas Que Haidar, 46, dimana pelakon itu mendedahkan, dia mengamalkan pemakanan yang sihat selepas dilihat semakin muda dan penampilannya menjadi bualan ramai.

Que yang berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di media sosial, turut berkata, dia mengambil spaghetti yang direbus kosong sebagai pengganti nasi dan sumber karbohidrat.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, akui Que atau nama sebenarnya, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, pada awalnya suk@r untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, namun dia melihat k£san pada dirinya serta merasakan lebih sihat.

"Karbo saya adalah spaghetti yang direbus kosong. Mula-mula rasa macam sus@h juga tapi sekarang dah biasa. Dua minggu saya memang ment@l, tapi bila nampak perubahan pada kulit muka, bentuk wajah, dan keseluruhan diri saya, saya rasa lebih sihat. Jadi, mengapa tidak saya teruskan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: