10 November 2025

AMBIL LANGKAH BERDIAM DIRI - NUBHAN BIMBANG AKAN K£RUHKAN KEADAAN, RELA LETAKKAN SEMUA KESAL4HAN KE ATAS BAHUNYA : "HENTIKANLAH SEGALA SP£KULASI & PERMAINAN MEDIA SOSIAL..."



"Berat sebenarnya, tapi saya rasa biarlah letakkan semua kesal@han ke atas saya. Perkara ini bukan mudah nak fokus. Macam-macal hal yang terjadi.

"Cukup-cukuplah sebab apa sahaja cerita yang keluar adalah antara saya dan dia. Orang luar hanya tahu sedikit sahaja. Selebihnya biarlah saya simpan

Itulah ujar penyanyi Nubhan, 39, dimana dia enggan kisah peribadi terus diperkatakan, malah rela meletakkan segala mas@lah yang berlaku di bahunya.

Pelbagai sp£kulasi terc£tus sejak kem£lut rumah tangga Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menjadi bualan hangat di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia mengambil tanggungjawab penuh atas kek£cohan yang berlaku di media sosial, termasuk beberapa perkongsian isteri berkaitan hubungan mereka.

Tambahnya lagi, berhubung isu rumah tangga, dia juga mengambil langkah untuk tidak terus memberi sebarang komen kerana bimbang akan meng£ruhkan keadaan.

"Semua ini patut dihentikan. Saya mahu memberi fokus kepada anak-anak dan GV12. Berilah saya ruang dan peluang untuk teruskan tanggungjawab.

"Saya tidak mahu bercakap lagi tentang isu rumah tangga sebab ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan," tuturnya ketika ditemui media selepas tamat konsert minggu kedua pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).
Sebelum ini, isteri Nubhan itu sering meluahkan perasaan tentang isu rumah tangga mereka sehingga menarik perhatian banyak pihak.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula orang ketiga yang mendakwa tahu akan segala cerita tentang perkahwinan mereka dan secara terbuka berkongsi di sosial media.

Berhubung isu itu, Nubhan meminta orang ramai tidak lagi membuat sebarang dakwaan yang akhirnya boleh menimbulkan pelbagai persoalan.

"Saya tahu apa yang berlaku sebab ia diperkatakan di media sosial, tapi untuk baca secara terperinci itu tidak sebab saya memilih untuk fokus kepada GV12.
"Hentikahlah segala sp£kulasi dan permainan media sosial. Kisah rumah tangga hanya saya dan dia sahaja tahu," katanya.

Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: