10 November 2025

"MASA MENGANDUNG, PETI AIS KOSONG... AKU MAKAN MI SEGERA" - FARA SALLEH SEDIH ANAK KENA H1NA, B£NGANG DITUDUH MINTA SEDEKAH



"Tiba-tiba dapat n0tifikasi dia (wanita) h1na saya. Apa m0tif dia nak cakap begitu? Saya lihat pr0fil peribadinya dan dia ada kongsi video bersama Shuk. Saya rasa dia merupakan sal@h seorang klien Shuk.

"Dia boleh h1na saya, tetapi apa yang membuatkan saya sedih apabila dia bercakap tentang anak. Itu yang saya tidak boleh terima," demikian kata isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, 33, yang teresak-esak menangis ketika dihubungi media.

Fara meluahkan rasa b£ngang terhadap seorang wanita yang menuduh dia sengaja meminta bantuan orang ramai bagi menampung kehidupan bersama anaknya, Elaine Nada.

Jelas Fara lagi, lebih membuatkan dirinya geram apabila wanita berkenaan dipercayai ada kaitan dengan Shuk menerusi pemerhatiannya di laman sosial.

Sebelum ini, Fara berkongsi luahan sama dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya berserta gambar wanita berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran itu, Fara berkata, dia rasa kurang senang apabila wanita itu menganggap dia meminta bantuan kewangan orang ramai dengan berkongsi kod QR di laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, Fara menjelaskan, wang tersebut digunakan bagi tujuan kebajikan membantu haiwan liar seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Kau pergi tanya 'followers' aku berapa ramai yang aku dah tolong selesaikan bil veterinar. Kau berani nak g@nggu aku. Kau tiba-tiba komen, nak g@duh sangat dengan aku kenapa? Shuk tenang je kalau Nada (anak) kena h1na," luahnya.

Disamping itu, akui Fara, dia mempunyai pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan isi rumah, termasuk menyara kehidupan bersama anaknya.
Bukan itu sahaja, malah Fara turut men£gaskan, ketika masih tinggal bersama Shuk, dia tidak pernah mengharapkan duit suami untuk keperluan peribadi.

"Aku bekerja setiap hari untuk cukupkan nafkah anak. Untuk pengetahuan kau, aku tak kikis dan jantan itu tak tanggung aku walau masa jadi isteri dia. Masa mengandung, peti ais kosong. Aku makan mi segera ketika dia pergi outstation," jelasnya.

Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Difahamkan kini, lafaz cerai yang didakwa dilafazkan Shuk pada April lalu belum diputuskan oleh mahkamah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: