10 November 2025

SEDIA MAKLUM MAS4LAH KESIHATAN ELAINE KANG - PR0DUKSI GV12 HORMAT JIKA MAHU TARIK DIRI



"Semua latar belakang peserta kita tahu termasuk tentang mas@lah kesihatan. Mereka diberi pilihan untuk sertai atau tidak. Semua keputusan atas pilihan diri sendiri. Jika keadaan tidak mengizinkan dan Elaine mahu tarik diri, kami perlu hormat."

Itulah jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, dimana pihak pr0duksi pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menghormati keputusan penyanyi Datuk Elaine Kang sekiranya mahu menarik diri daripada pr0gram realiti itu susulan mas@lah kesihatan yang dialami.

Mengulas lanjut mengenai Elaine yang membuat k£jutan berkongsi tentang mas@lah kesihatan yang dialami, Idlan berkata, penyertaan setiap penyanyi adalah pilihan masing-masing selepas diberikan tawaran pada musim kali ini.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, ketua juri yang juga pengarah muzik, Datuk Ramli MS memberitahu, dia memilih untuk memberi peluang kedua kepada penyanyi itu, sekali gus mengumumkan tiada penyingkiran dibuat pada konsert itu.

Ujar Ramli atau mesra disapa Tom Ram, dia bagaimanapun akur sekiranya Elaine tidak mampu meneruskan perjuangannya dalam pr0gram tersebut.

"Apa yang saya tahu sebelum ini dia ada mas@lah jantung. Esok atau lusa jika doktor nasihatkan untuk dia rehat, kita harus hormati. Kesihatan adalah nombor satu.
"Saya melihat sendiri komitmen yang dia berikan termasuk ketika sesi latihan. Adil untuk beri dia peluang menyanyikan lagu bahasa ibundanya minggu depan. Saya beri dia peluang atas kapasiti dia sebagai penyanyi," katanya.

Terdahulu ketika siaran langsung GV12, Elaine memberi bayangan untuk menarik diri susulan mas@lah kesihatan yang tidak mengizinkan, bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci tetang s@kit yang dialami.

Pada konsert minggu kedua GV12, Elaine menyampaikan lagu 'Angan Angan' nyanyian Raja Ema dan berada di kedudukan terakhir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: