"Isteri nak pilih jalan damai itu adalah cara terbaik. Tapi sekarang ini sp£kulasi semakin banyak dan rancak bertebaran di media sosial. Saya hormat dia sebagai ibu kepada anak-anak kami."
Demikian kata penyanyi Nubhan, dimana dia tampil memberi reaksi bal@s terhadap kem£lut rumah tangga yang menjadi bualan hangat di media sosial, selepas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengajak mencari jalan damai.
Ujar Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, keadaan kini semakin rumit untuk diperbetulkan apabila pelbagai sp£kulasi dan tuduhan terus bertebaran.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hantaran yang dimuat naik di media sosial bertulis 'Amber Heard' yang dikatakan menyind1r isterinya, Nubhan menjelaskan mesej itu bukan ditujukan kepada sesiapa.
Klik untuk gambar besar
Biarpun dihimp1t dugaan peribadi, Nubhan mengakui fokusnya kini tertumpu kepada kerjaya seni dan saingan dalam pr0gram GV12, selain meluahkan rasa syukur masih dikelilingi individu yang tidak pernah berhenti memberi sokongan moral.
"Kekuatan saya adalah anak-anak dan ibu. Mereka sentiasa dalam fikiran dan siapalah saya tanpa mereka. Saya juga bersyukur kerana peminat dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan serta kepercayaan.
"Jika tiada kepercayaan itu, saya tiada kekuatan untuk membuat persembahan. Saya cuba untuk kuat dan fokus. Semuanya saya serahkan kepada Yang Maha Esa," jelasnya.
Pada minggu kedua GV12, Nubhan sekali lagi mendapat kepercayaan juri dan berjaya menduduki tempat kedua apabila tampil memberi persembahan bertenaga dengan membawakan lagu 'Dambaan Pilu' yang pernah dipopularkan oleh Khai AF2.
Sebelum ini, kem£lut rumah tangga Nubhan nampaknya masih belum menemui titik noktah apabila isterinya sekali lagi meluahkan isi hatinya menerusi hantaran di media sosial.
Dr Afifah menerusi perkongsian di Thr£ads dilihat menulis dengan penuh em0si dan kekec£waan terhadap situasi yang sedang mel@nda dalam hubungan mereka serta tidak menyangka segala kepercayaan dan kasih sayang diberikan selama ini berakhir dengan cara tidak diingini.
"Adakah ini benar-benar cara yang ingin awak gunakan untuk meluk@kan hati saya? Saya ialah ibu kepada anak-anak awak. Dulu sayalah penyokong terbesar awak, pengagungmu yang paling setia.
"Saya pernah mempercayai awak, menyayangi awak sepenuh hati dan saya telah memberikan yang terbaik walaupun mungkin tidak sempurna di mata awak tetapi ini bukanlah cara yang sepatutnya mengakhiri segalanya," tulisnya.
Disamping itu, Dr Afifah turut menzahirkan kebimbangan terhadap kem£lut rumah tangga mereka yang mungkin memberi k£san kepada anak-anak di masa hadapan dan berhubung itu, dia memohon kepada suaminya untuk menyelesaikan mas@lah rumah tangga mereka dengan baik.
"Anak-anak kita sedang membesar, tidak lama lagi mereka akan mula memahami. Tolonglah, marilah kita pilih jalan kedamaian," tuturnya yang dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun, hasil perkahwinan bersama Nubhan pada 29 Ogos 2015.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment