25 November 2025

AL-FATIHAH - AMIRUL AF4 KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada keluarga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Amirul Azwan Mohd Ghazali atau Amirul, 37, atas pemergian yang meninggal dunia secara meng£jut hari ini dipercayai akib@t s£rangan jantung.

Dunia seni sekali menerima berita duk@ selepas lebih sebulan kehilangan Lotter P Edwin yang juga naib juara AF4.

Berita pemergian Amirul itu disahkan rakan seperjuangan, Dr Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy (AF4).

Klik untuk gambar besar

Jelas Diddy, beliau menerima perkhabaran sedih itu daripada sepupu kepada isteri Allahyarham, pagi tadi.

"Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.
"(Jenazah) Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah peny@kit, jadi pr0ses b£dah si@sat dijalankan jam 2 petang (tadi)," katanya.

Khabar duk@ itu turut dikongsikan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi di akaun media sosial miliknya.
"Allahu satu lagi berita sedih Paknil (panggilan mesra Aznil) terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul harini pergi menghadap Illahi," tulisnya.

Kongsi Aznil, dia dan Allahyarham hanya berkesempatan berbual di media sosial memandangkan Amirul menetap di Sarawak.
"Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amirul berada di Sarawak. Sesekali dia ada bertanya khabar di media sosial. Hari ini Amirul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah," tuturnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil anak pertama di trimester ketiga. Pasangan itu difahamkan mendirikan rumah tangga pada 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: