"Saya hanya membantu setakat yang mampu. Itu rezeki Allah. Saya bantu kerana bukan ada niat lain. Apabila dimaklumkan pihak ag£nsi bahawa Datuk Red ters@ngkut akib@t tungg@kan, saya terus berjumpa dan bertanya hal sebenar.
"Tanpa berlengah, saya bayar jumlah yang perlu diselesaikan. Bagi saya, tangan yang memberi dan menerima biarlah antara kita dan Allah. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan."
Itulah kata isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, dimana dia merupakan individu yang bermurah hati membantu Datuk Red menyelesaikan baki tungg@kan kepada Jabatan Insolv£nsi Malaysia.
Klik untuk gambar besar
Nilam yang merupakan rakan usahawan dan juga personaliti media sosial itu memberitahu, dia mengambil keputusan membantu selepas mengetahui bekas suami kepada penyanyi Adira ini dis£kat ke luar negara kerana tungg@kan berkenaan.
Difahamkan, pengasas dan pemilik empayar Nilam Empire itu telah menyelesaikan tungg@kan sebanyak RM4,000, sekali gus membolehkan Datuk Red diberikan pelepasan ke luar negara selama setahun.
Nur Nilam dalam masa sama juga memberitahu, dia bersama Datuk Red kini berada di Tanah Suci selama dua minggu bagi menunaikan ibadah umrah.
"Seperti semua jemaah lain, kami datang dengan doa masing-masing. Insya-Allah, semoga segala yang baik menyertai perjalanan ini. Saya turut mendoakan Datuk Red yang kini melalui fasa hidup yang mencab2r. Saya sendiri ada hajat besar yang ingin dipohon di Tanah Suci," tuturnya.
Pada 15 November lalu, Datuk Red meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka apabila impiannya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci buat kali pertama bakal tercapai.
Ini selepas ada individu sudi membantu untuk menyelesaikan baki tungg@kan kepada Jabatan Insolv£nsi Malaysia untuk membolehkan Datuk Red membuka s£katan ke luar negara.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment