25 November 2025

AL-FATIHAH - BAPA DAYAH BAKAR DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada pengacara dan penyampai radio, Dayah Bakar atas pemergian bapanya, Datuk Abu Bakar yang meninggal dunia, awal pagi tadi.
Berita duk@ itu dikongsikan di media sosial, dimana menerusi hantaran 'repost', Allahyarham Datuk Abu Bakar Johar menghembuskan nafas terakhir pada 12.59 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Ayah saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.59 tengah malam hari ini. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Kami terima dengan hati yang amat berat. Mohon doakan untuknya.

Klik untuk gambar besar

"Semoga Allah mengurniakan rahmat, permudahkan perjalanannya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan bapa saya sejak beberapa hari yang lalu," tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran 'repost' yang lain pula, Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Datuk Abu Bakar, turut memaklumkan mengenai pengurusan jenazah bapanya.

Dalam perkongsian itu, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Surau Silaturahim SPPK, Segambut dijangka antara jam 10 pagi hingga 11 pagi dan lokasi serta masa pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
Dayah dalam masa sama turut memohon orang ramai agar menyedekahkan al-Fatihah serta mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala d0sa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Dengan rendah hati, kami memohon agar semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan d0sa-d0sanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

"Mohon juga jasa baik tuan atau puan untuk membantu menyebarkan makluman ini kepada kenalan yang mengenali arwah. Segala doa dan sokongan amat kami hargai. Terima kasih," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: