25 November 2025

"INILAH SATU PR0SES IBADAH YANG PALING PANJANG" - MIA AHMAD AKUI PERNAH RASA 'GIVE UP' & HOPELESS' SEPANJANG HAMPIR 9 TAHUN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA



"Hampir 9 tahun kami bersama. Pernah rasa 'give up'. Pernah rasa 'hopeless'. Pernah rasa tak cukup buat sehabis baik. Pernah rasa dah cukup buat sehabis baik tapi hati masih berbolak balik."

Itulah tulis pelakon Mia Ahmad menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia tidak menafikan pernah rasa putus asa ketika melalui ujian serta fasa mencab@r sepanjang hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Kata isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta'zim, Izham Tarmizi, itu lagi, dia juga pernah merasakan dirinya sudah melakukan sehabis baik, namun hati masih berbolak balik.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, ujar Mia, tanpa ilmu untuk memahami pasangan, hubungan itu mungkin hanya bertah@n tanpa sebarang rasa.

Tuturnya lagi, perkahwinan adalah pr0ses ibadah paling panjang dan bukan seperti dipaparkan di dalam filem.

"Tanpa skill untuk memahami, mendengar dengan baik dan memaknai setiap yang berlaku... mungkin saya hanya pada tahap bertah@n dalam perkahwinan.
"Inilah satu pr0ses ibadah yang paling panjang, ianya bukan seperti yang digambarkan di dalam filem ataupun social media.

"Tetapi satu bentuk perjalanan yang memerlukan kesedaran yang sangat tinggi, niat yang baik, doa dan tindakan untuk terus belajar, aplikasikan dalam perkahwinan dan kehidupan, belajar... dan belajar lagi," katanya.

Untuk makluman, Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada Januari 2015 dan pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: