25 November 2025

"KAMI CUBA BUAT KERJA UNTUK JADIKAN FILEM INI NAMPAK 'REAL ', TIADA NIAT LAIN" - AEDY ASHRAF MOHON MAAF ISU TAMPIL BER'B0XER' & TIDAK BERBAJU DALAM 'KLEP£T'



"Dalam filem (Klep£t) ini kami cuba sebaik mungkin untuk tonjolkan realiti sebenar. Saya di luar berseluar pendek dan di rumah bersama kawan lelaki memang buka baju.

"Itu apa saya cuba cerminkan bagi menggambarkan realiti untuk penonton. Andai kata ada yang kurang senang dan pedih mata, saya minta maaf awal-awal sebab kami cuba buat kerja untuk jadikan filem ini nampak 'real'.

"Tiada niat lain," demikian jelas pelakon Aedy Ashraf, dimana dia memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan babak dalam filem terbaharunya, 'Klep£t' apabila tampil ber'b0xer' atau hanya mengenakan seluar dalam peninju dan tidak berbaju.

Klik untuk gambar besar

Kata Aedy, babak tersebut untuk menampilkan realiti sebenar kehidupan watak yang dilakonkannya.

Berhubung itu, Aedy turut mengakui pada awalnya dia bimbang, namun yakin dengan peranan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk meluluskan adegan.
"Saya t@kut juga tapi saya percaya perfileman kita ada tapisan daripada LPF dan Finas. Mereka lebih mahir dan handal, tahu apa yang mereka tapis.

"Masa penggambaran kita rasa tak patut cakap macam itu tapi pendekatan daripada pengarah biar kami buat apa saja, mereka akan uruskan dalam pr0ses suntingan dan ambil dari sana," tuturnya.

Filem Klep£t yang turut dibintangi Nadhir Nasar, Meerqeen, Joey, Aeril Zafrel dan Eric Fuzi itu akan mula ditayangkan pada Khamis ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: