28 November 2025

AL-FATIHAH - BAPA FIRDAUS & FAHIMI KEMBALI KE RAHMATULLAH : "AYAH MEMANG ADA S4KIT TAPI DIA MENINGGAL DUNIA DALAM TIDUR TADI"



Pada 5.30 pagi hari ini, bapa kepada penyanyi dan komposer, Firdaus Rahmat dan Fahimi dilaporkan telah meninggal dunia.
Firdaus ketika dihubungi memaklumkan, bapanya menghembuskan nafas terakhir semasa tidur.

"Ayah saya meninggal dunia dalam 5.30 pagi tadi, ayah memang ada s@kit tapi dia meninggal dalam tidur tadi.

"Mak nak k£jut tahu-tahu badan arwah dah sejuk," kata pelantun lagu 'Destinasi' itu yang berkongsi berita duk@ itu.

Dalam pada itu, Firdaus juga berkongsi, jenazah arwah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

"Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Al-Ubudiah Seksyen 19 dan arwah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," tuturnya yang juga memohon doa orang ramai agar segala urusan dipermudahkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: