28 November 2025

ANAK-ANAK INA NAIM DIPUJI NETIZEN, BIMBING KANAK-KANAK MENGAJI : "SEDANG KITA MENGEJAR DUNIA, KITA LUPA AKHIRAT SELAMA-LAMANYA"



Anak-anak kepada penyanyi kumpulan Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim iaitu Hadie Suhaimi dan adiknya, Pyrosh Edfadwah telah mendapat perhatian apabila dilihat membimbing kanak-kanak mengaji.
Perkara itu dikongsikan Ina menerusi video yang dimuat naik di media sosial, dimana dia berkata, dalam mengejar dunia jangan lupa tentang akhirat yang selama-lamanya.

"Sedang kita mengejar dunia, jangan kita lupa akhirat selama-lamanya. Mengaji merangkak la baca nak. Esok di sana menjadi temanmu... Insya-Allah," tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi kebolehan Hadie dan Phyrosh serta memuji didikan ibu bapa mereka serta menganggap adik-beradik itu mewarisi ilmu daripada bapa mereka, Allahyarham Suhaimi Saad.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: