28 November 2025

MUNCUL DALAM FILEM SULUNG - DATUK SERI VIDA MAMPU TONJOL SISI LAIN DALAM DIRINYA, LAKON WATAK AIR MATA



"Penonton cerita (filem) itu memang kena bawa tisu banyak-banyak sebab sedihlah. Pada saya, saya sendiri pun tengok macam mana hasil daripada cerita itu dan memang menarik.
"Watak saya sebagai ibu kepada Jibril yang melalui halangan dan rint@ngan dalam perjalanan hidup. Dibvli, dit1pu dan diz@limi oleh mereka dalam masyarakat. Jadi cerita ini sangat-sangat menyentuh hati.

"Saya yang berlakon pun turut sedih. Ada cerita yang dikaryakan begini. Saya terima tawaran berlakon kerana diberitahu oleh pihak pr0duksi, karya ini dibuat khusus untuk saya."

Itulah kata usahawan Datuk Seri Vida (DSV), dimana dia dipilih untuk berlakon dalam filem sulungnya iaitu memegang watak sebagai ibu yang mahu membela nasib anaknya yang berdepan pelbagai pend£ritaan hidup.

Melihat pada karakter yang sentiasa ceria, Vida mampu menonjolkan sisi lain dalam dirinya apabila melakonkan watak air mata.

Menariknya, dalam filem berjudul 'Jibril: Active Special F0rce' arahan Azlan Norani, Vida muncul dengan memegang watak utama sebagai Datuk Vida Daqueen.

Tuturnya lagi, dia sangat menghargai tawaran diberikan dan cerita ini berkisarkan kesedihan, dend@m, perjuangan dan kasih sayang ibu kepada anak.

"Dan kenapa dipilih? Sebab dia (Azlan) cakap saya yang pernah kehilangan anak itu, tahu bagaimana bila anak itu tidak ada. 'Feel' dia dan saya menjadi seorang yang berbeza daripada yang orang tengok sekarang.

"Biasa saya 'happy go lucky' tapi dalam cerita itu bergelumang kesedihan dan air mata. Perubahan luar biasa yang mereka ciptakan untuk watak saya. Watak itu seperti 'j0ker' versi perempuan.

"Pada saya cantik sinematografi dia, angle camera, view -tempat yang dia pilih... sangat cantik. Dia dapat elemen zaman dulu, props semua cantik, jalan cerita pada saya ada kurang, saya kena cakap jujur," ujarnya.

Dalam pada itu, Vida berkata, dia tidak mengikuti kelas lakonan khusus untuk filem ini dan hanya berguru serta berlatih di set.

"Patutnya kena berlatih, tetapi tak sempat. Itu yang terbaik saya boleh hasilkan dan saya rasa bakal meng£jutkan masyarakat kerana melihat sisi saya yang tidak pernah dilihat sebelum ini," ujarnya bergurau.

Disamping itu, ulas Vida lagi, dia bagaimanapun tidak mahu menjadikan lakonan sebagai karier utama dan pembabitannya dalam filem itu sekadar menghargai karya Azlan.

"Dia ambil 'feel' daripada kisah saya dan mereka bersungguh-sungguh selama setahun tunggu saya nak bagi jawapan, baru okay. Tak apa, saya 'supportlah' kalau macam itu sebab penggambarannya berkisar dari kisah saya.

"Yang menariknya, saya ambil kerja ini sebab dia akan jadi 'world record' sebab Azlan buat semuanya seorang diri. Dialah pengarah, dialah yang mop lantai, dialah yang screenplay. Dia seorang.

"Orang ingat kalau buat setting ramai, mungkin buat 20 orang. Tetapi filem ini dia buat seorang. Memang pasang lampu set dia seorang, apa semualah. Jadi saya cakap, "wow". Dia nak satu orang yang menang," kongsinya.

Tambah Vida, sebelum ini nama Azlan mungkin tidak dikenali, tetapi filem ini dijangka bakal mengubah nasibnya dalam industri.

"Saya akan tengok dulu kalau ada tawaran berlakon lagi, Insya-Allah kita ini apa-apa jalan terus dan langg@r saja, tapi kena tengok juga dulu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: