Innalillahiwainnailaihirajiun..
Pelakon Dharma Harun Al-Rashid, meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Pemergian pelakon yang popular menerusi filem Adik Manja, itu dikongsikan anak keduanya, Muhammad Al Syafiq menerusi Instagram.
Muhammad Al Syafiq menerusi Insta Story memaklumkan bapanya meninggal dunia sendirian di rumah mereka.
"Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans," katanya kepada media.
Anaknya itu tiba di rumah kira-kira jam 9.10 malam dan dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
Dalam pada itu, Syafiq turut memaklumkan bahawa jenazah pelakon filem Adik Manja itu akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Al-Fatihah
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment