26 November 2025

"ALHAMDULILLAH, SAYA SYUKUR SANGAT..." - HAK PENJAGAAN PENUH TIGA ANAK J4TUH PADA ISTERI - NUBHAN 'KUNCI MULUT', SERAH PADA PEGUAM



"Alhamdulillah, saya syukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak-anak. Jadi, Alhamdulillah anak-anak saya akan kembali dengan sayalah. Selama ini pun, untuk k£s (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam sahaja."

Demikian tutur isteri kepada penyanyi Nubhan, 39, iaitu Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie, 35, dimana dia meluahkan rasa sukur apabila mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak penjagaan tetap terhadap tiga anak berpihak kepadanya.

Dalam pada itu, Dr Fie berkata, keutamaan adalah pada anak-anak serta berterima kasih kepada Nubhan kerana banyak memberi kerjasama kepadanya untuk mendapatkan hak jagaan penuh anak-anak mereka.

Ujarnya lagi, dia menghargai kerjasama baik diberikan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, sepanjang pr0ses itu berlangsung.

Klik untuk gambar besar

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan. Nak ucap terima kasih juga kepada pihak Ahmad Nubhan sebab banyak beri kerjasama. Alhamdulillah hak jagaan penuh diberikan kepada saya," luahnya.

Sementara itu, Nubhan enggan memberi komen terhadap keputusan hadanah atau hak penjagaan tetap ke atas tiga anaknya yang berpihak kepada isterinya.

Nubhan yang ditemui media di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, memberi alasan sibuk kerana perlu membuat persediaan persembahan untuk pr0gram Gegar Vaganza (GV).
"S0al itu (keputusan hadanah) mungkin peguam saya boleh terangkan, sebab saya nak cepat ni, nak pergi GV. Apa-apa tanya kepada peguam saya kerana saya sudah lambat. Minta maaf, terima kasih banyak-banyak kerana datang (ke mahkamah)," katanya walaupun diasak soalan oleh media.

Berhubung perkara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr Fie memberitahu, pihak ibu sememangnya layak untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak dan pr0siding berjalan lancar.

"Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak-anak. Mungkin pandangan itu diambil kira. Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya.
"Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tapi ini kosong. Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah pr0siding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya.

"Ibu akan dapat hak jagaan kekal. Bapa (Nubhan) pula dapat hak lawatan dua kali sebulan iaitu minggu pertama dan ketiga. Aidilfitri dan Aidiladha pun bergilir seperti biasa.

"Tak ada apa lagi nak dipertik@ikan mengenai hadanah, semuanya selesai secara baik. Terma persetujuan pun sudah direkodkan sebagai perintah.
"Terma perjanjian telah dipersetujui awal dan apabila dibawa ke Majlis Sulh, ia terus diterima serta direkodkan. Hakim juga telah mengesahkannya sebagai perintah mahkamah," jelasnya.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Untuk makluman, pasangan ini bernikah pada 29 Ogos 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: