26 November 2025

ARWAH (DHARMA HARUN) ALAMI KEMURVNGAN SEJAK SEBULAN LALU, DIA JADI SANGAT 'D0WN'... SEBAB LAMA TAK BEKERJA" - DEDAH NOOR KUMALASARI



"Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh ahli keluarganya yang arwah mengalami kemurvngan sejak sebulan lalu. Dia jadi sangat 'd0wn', sampai adik-beradik sendiri pun dia tak mahu jumpa.

"Dia lebih banyak menyendiri dan mengurvng diri. Jadi ketika Syafiq (anak Dharma) pulang dari kolej dan bertemu dengannya, waktu itu arwah baru melalui fasa kemurvngan tersebut."

Itulah kata pelakon veteran, Noor Kumalasari, 69, dimana beliau berkongsi keadaan sebenar dilalui pelakon Allahyarham Dharma Harun Al Rashid yang dipercayai melalui episod kemurvngan kira-kira sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jelas Noor, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh keluarga arwah yang menyedari perubahan ketara pada Dharma, termasuk menjadi semakin pendiam serta memilih untuk menjauhkan diri.

Klik untuk gambar besar

Kongsinya lagi, antara sebab arwah Dharma tert£kan kerana sudah lama tidak bekerja dalam bidang seni yang dicintainya.

"Arwah pernah beritahu dia murvng sebab lama tak bekerja. Dia memang jenis yang suka bergerak aktif. Saya pernah nasihatkan, kalau rindu nak bekerja, ambil sahaja apa-apa kerja pr0duksi. Tolong-tolong pun tak apa.

"Walaupun bukan kerja tetap, sekurang-kurangnya pergi ke set penggambaran sebab dia suka suasana orang seni. Jadi dia tak duduk di rumah dan terus tengg£lam dalam kemurvngan.

"Alhamdulillah, selepas itu dia mula dapat rezeki," ujarnya yang berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, pada Rabu.
Disamping itu, Noor turut mengimbas kenangan awal pertemuan mereka pada zaman pembikinan filem 'Adik Manja' dan menyifatkan arwah sebagai seorang yang pemalu.

"Masa kali pertama jumpa, dia sudah menangis. Kalau diimbas kembali, dia memang jarang berkongsi kisah hidup. Itu kali pertama saya tahu. Dia cakap, 'sebenarnya saya ini segan, bukan sombong'.

"Dia rasa kerdil dan selalu terfikir 'siapalah Dharma'. Saya jawab, tak perlu rasa segan kerana semuanya biasa sahaja. Masa itu saya memang terkenal dengan ket£gasan, selalu tegur pelajar (pelakon 'Adik Manja') termasuk dia.

"Tapi katanya, dia ada banyak kenangan manis dengan saya," tutur Noor yang sempat menziarahi arwah di kediamannya di Wangsa Maju bersama penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi, pada Julai lalu.
Jenazah Allahyarham Dharma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves sekitar pukul 12.30 tengah hari pada Rabu.

Sebelum itu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai.

Untuk makluman, Allahyarham Dharma merupakan antara pelakon lelaki popular era 1980-an. Antara filem yang pernah melonjakkan namanya termasuk 'Adik Manja' (1980), 'Prebet Lapok' (1979) dan 'Mekanik' (1983).

Selain berlakon, arwah juga pernah terlibat dalam penerbitan beberapa pr0gram televisyen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: