26 November 2025

ANAK-ANAK ARWAH DHARMA HARUN - FINAS SEDIA BANTU MASA DEPAN MEREKA : "ARWAH PERNAH BERITAHU KEDUA-DUANYA ANTARA PELAJAR TERBAIK DISANA (ASWARA), ITU YANG ARWAH BANGGA"



"Saya akan berhubung dengan pihak ASWARA untuk mendapatkan kepastian kerana saya tahu kedua-dua anak arwah memang berhasrat melanjutkan pelajaran.

"Apabila timbul persoalan daripada laporan sebelum ini mengenai keadaan kesihatan dan kewangan arwah, ada yang tertanya-tanya mengapa anak-anak tidak membantu.

"Namun, sebenarnya saya melihat arwah sendiri mahu anak-anaknya memberi tumpuan kepada kejayaan akademik. Itulah hasrat dan harapan arwah. Saya nampak perkara itu dengan jelas."

"Biar saya bincang dulu dengan pihak ASWARA tentang apakah bantuan yang boleh kita berikan kepada anak-anak arwah.

Klik untuk gambar besar

"Tambahan pula saya rasa mereka memang berbakat dan arwah pernah beritahu kedua-duanya antara pelajar terbaik di sana (ASWARA). Itu yang arwah bangga.

Itulah jelas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, dalam satu kenyataan.

Maklum Azmir, pihaknya akan berbincang dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi melihat bentuk bantuan yang sesuai untuk dua anak pelakon, Allahyarham Dharma Harun.

Katanya lagi, kedua-dua anak arwah iaitu Siti Qurratu Aini, 37, dan Muhammad Al Syafiq, 36, yang kini melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Aswara, merupakan pelajar cemerlang dan memiliki masa depan cerah dalam bidang seni.
Dalam pada itu, Azmir turut mengulas mengenai kehilangan figura yang cukup dikenali itu, dimana Dharma Harun merupakan antara pelakon yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan industri filem tempatan.

"Arwah memang banyak sumbangan dalam industri filem. Kita tahu dia bermula dengan Adik Manja yang mengangkat nama beliau dalam industri.

"Kemudian arwah terus bergiat aktif sehinggalah filem terakhirnya kalau tak sal@h saya 'Adik Manja Returns'," ujarnya.

Sebelum ini, Allahyarham Dharma Harun disahkan meninggal dunia sendirian di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Jenazah kemudian dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.

Untuk makluman, Allahyarham merupakan antara pelakon lelaki popular era 1980-an.

Antara filem yang pernah melonjakkan nama beliau termasuk 'Adik Manja' (1980), 'Prebet Lapok' (1979) dan 'Mekanik' (1983).

Selain berlakon, arwah juga pernah terlibat dalam penerbitan beberapa pr0gram televisyen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: