26 November 2025

SALIH YAACOB DILAPORKAN SEDANG TERIMA RAWATAN DI HOSPITAL - ANAK MOHON DOAKAN KESEMBUHAN BAPA



"Alhamdulillah, selamat hari jadi papa. Papa dah lebih baik dari semalam (kelmarin). Doakan abang Salih kita cepat sihat."
Demikian tulis anak perempuan kepada pelakon dan penyanyi veteran, Salih Yaacob, 64, iaitu Effa Soleha yang berkongsi keadaan kesihatan bapanya menerusi sebuah hantaran video sambutan hari jadi buat bapanya di akaun media sosial, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Effa memaklumkan, kesihatan bapanya itu semakin pulih dan memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan beliau.

Salih yang juga seorang pelawak itu dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital, namun keadaannya semakin stabil.

Dalam pada itu, Effa turut men£gaskan kepada netizen untuk tidak memberikan komen neg@tif dalam hantarannya itu.

"Untuk yang suka komen neg@tif, jangan komen," tuturnya.

Melihat pada video itu, Effa bersama seorang adik perempuannya menghadiahkan wang tunai serta sebuah telefon bimbit baharu kepada Salih.

Meninjau ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Salih diberikan kesembuhan seperti sediakala.

"Semoga cepat sembuh Bang Salih"

"Terbaik Abang Salih, semoga sihat selalu. Keluarga pun terbaik sentiasa menceriakan orang s@kit."

"Semoga abang Salih 'The Legend' cepat sembuh!! Insya-Allah..," itulah antara komen-komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: