26 November 2025

JADI IMAM SOLAT JENAZAH BAPA - SYAFIQ ANGGAP HADIAH TERAKHIR PALING BERMAKNA : "SAYA TIDAK SEMPAT MENATAP WAJAHNYA KETIKA NAFAS TERAKHIR, SEKURANG-KURANGNYA SAYA DAPAT LAKUKAN SESUATU KEPADA JASADNYA..."



"Allahuakbar, saya boleh katakan ini (jadi imam solat jenazah) adalah hadiah terbaik yang boleh saya berikan kepada bapa saya. Pada mulanya saya bertanya kepada imam masjid dan pak cik saya, kebetulan mereka kata anak lebih afdal jadi imam.

"Jadi, saya lakukan. Saya belajar dan membaca sedikit sahaja, tak banyak pun. Saya juga berpeluang memandikan arwah. Saya tidak rasa segan atau t@kut kerana saya tahu ini adalah bapa saya."

Itulah tutur anak kepada pelakon Allahyarham Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila dapat memberikan penghormatan terakhir yang cukup bermakna apabila menjadi imam solat jenazah bapanya.

Kata Syafiq, pengalaman itu merupakan hadiah paling istimewa yang mampu diberikan kepada arwah bapanya.

Dalam pada itu, akuinya, walaupun tidak sempat menatap wajah bapanya pada saat nafas terakhir, sekurang-kurangnya dia dapat melakukan penghormatan terakhir kepada jasad arwah.

"Walaupun saya tidak sempat menatap wajahnya ketika nafas terakhir, sekurang-kurangnya saya dapat melakukan sesuatu kepada jasadnya yang masih di bumi ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Syafiq turut men£gaskan, dia akan terus memartabatkan nama bapa dalam dunia perfileman, selain mengekalkan nama Dharma sebagai legasi yang tidak akan lapuk ditelan zaman.

"Nama saya, sudah tentu akan kekal sebagai Syafiq Dharma. Rezeki untuk berlakon, Alhamdulillah, masih ada yang menjemput saya. Malah, pihak pr0duksi sudi menyesuaikan jadual kerja ikut masa untuk saya yang masih belajar ini.

"Dalam dunia perfileman ini, saya tak mahu memadamkan nama Dharma. Nama itu akan tetap kekal supaya orang terus mengingati siapa Dharma itu," jelasnya ketika ditemui sejurus selesai majlis pengebumian arwah bapanya di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh, Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu.

Suasana sayu mengiringi pengebumian Allahyarham Dharma, 68, apabila jenazahnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Rabu.

Sebelum itu, jenazah arwah dimandikan dan disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai sebelum dibawa ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian.

Anak-anak arwah iaitu Siti Qurratu Aini, 37, dan Syafiq dilihat tenang meskipun sebak sepanjang urusan berlangsung, sambil dibantu ahli keluarga terdekat dan saudara-mara.
Beberapa nama besar dalam industri turut meluangkan masa bagi memberi penghormatan terakhir seperti Datuk Yusof Haslam, Mubarak Majid, Datuk DJ Dave, Zaidi Omar dan Noor Kumalasari.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, yang sebelum ini memaklumkan kesediaan pihaknya membantu masa depan dua anak arwah.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia secara meng£jut di kediamannya di Wangsa Maju pada malam Selasa sekitar pukul 9.10 malam.

Syafiq yang baru pulang daripada kelas itu terk£jut menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi ambulans.

Hasil sias@tan mendapati arwah meninggal dunia kerana uzur.

Untuk makluman, Allahyarham Dharma merupakan antara pelakon lelaki popular era 1980-an. Antara filem yang pernah melonjakkan namanya termasuk 'Adik Manja' (1980), 'Prebet Lapok' (1979) dan 'Mekanik' (1983).

Selain berlakon, arwah juga pernah terlibat dalam penerbitan beberapa pr0gram televisyen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: