"Alhamdulillah, saya sangat gembira. Benda yang tak dijangka. Perkenalan mereka singkat seperti saya dan Ubai. Dari kawan, tak tunggu lama terus ajak kahwin. Mak saya pun lalui benda sama."
Demikian kata penyanyi Shila Amzah, 35, dimana dia tidak dapat menyembunyikan rasa lucu dan terharu apabila tanpa sedar menjadi 'pengawas' dalam perjalanan cinta ibunya, Fauziah Sarman, yang kini kembali mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hati, Brigedier Jeneral Zainal Abdin Mohammad Salleh
Jelas Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, segala yang berlaku benar-benar di luar jangkaan, apatah lagi perkenalan ibunya dengan suami baharu itu juga berlaku dalam tempoh yang agak singkat sama seperti kisah cintanya bersama suaminya, Ubai.
Ujarnya lagi, meskipun sudah berusia, ia bukan alasan untuk menghalang ibunya itu daripada mencari kebahagiaan baharu dalam hidup kerana baginya, kebahagiaan seseorang tidak seharusnya dis£kat oleh usia atau pandangan masyarakat yang sempit.
"Orang kata, kalau dah tua biarlah dengan anak-anak. Tapi untuk mereka yang kata macam itu, anak-anak pun ada hidup sendiri, takkanlah mak kita nak duduk sorang-sorang. Jadi biarlah pada usia berapa pun, mereka tetap berhak untuk mengecapi bahagia," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Bila kali pertama jumpa Baba, dia ada aura. Orang kata kalau kita dah t£mpuh macam-macam sebelum ini, sekali pandang pun dah tahu.
"Baru beberapa hari tapi dia sangat gembira. Selepas apa yang berlaku sebelum ini, dia suk@r untuk j@tuh cinta. Bila diberi peluang kedua, saya harap mereka saling melengkapi," ujanya.
Disamping itu, akui Shila, dia dan suaminya, Ubai tanpa sedar mengambil peranan sebagai penjaga untuk memastikan ibunya tidak terlalu lama menjalinkan hubungan tanpa hala tuju.
"Saya dan Ubai macam jadi 'pengawas' mak saya. Kami lebih kepada, 'jangan lama-lamalah ya kalau macam ini'. Tiba-tiba saya pula rasa macam jadi mak dia kelakar bila fikir balik," kongsinya.
Pada 22 November lalu, Fauziah Sarman yang sudah dua tahun bergelar ibu tunggal itu selamat mendirikan rumah tangga bersama Zainal, dalam satu majlis akad nikah.
Untuk makluman, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan bercerai selepas 34 tahun berkahwin.
Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment