07 November 2025

BEEGO TAK HADIR ACARA PENTING ANAK - LINDA HASHIM LUAH KEC£WA : "BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK, 'BURN' JE LAH TIKET AKU BELI... PERGI GOYANG BOLEH JE HARI-HARI"



"Anak masuk International Choir Festival kot. Batang hidung pun tak nampak. 'Burn' je lah tiket aku beli. Sambut birthday kawan hari-hari boleh pula."

Demikian kata pelakon Linda Hashim, dimana dia meluahkan rasa kec£wa apabila suaminya, pelakon Beego tidak meluangkan masa untuk menghadiri ke acara penting anak kedua mereka yang menyertai International Choir Festival.

Ujar Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, dia yang berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto dia bersama anak keduanya, Anggun Cassandra, menerusi media sosial itu turut menanggung kerug1an membeli tiket akib@t tindakan suaminya itu.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Linda turut meninggalkan komen rasa k£salnya itu di ruangan video permohonan maaf Beego terhadap anak mereka yang dimuat naik di media sosial.

Kata Linda, Beego sering meluangkan masa dengan rakan-rakan tetapi mengab@ikan momen bermakna bersama anak-anak.

"Pergi goyang boleh je hari-hari. Sambut 'birhday' kawan-kawan, datang hari penting anak-anak tak pernah muncul langsung.
"Anak ambil anugerah tiap tahun pun batang hidung tak pernah nampak. Tak rasa rugi ke tak dapat momen ni dengan anak-anak?" tuturnya.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu memfailkan penceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Bagaimanapun, proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan secara baik.
Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Dalam pada itu, dakwa Linda, mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: