"Saya anggap ini permulaan yang baik dalam perjuangan kami mencari kebenaran. Kami hanya mahu membersihkan nama dan meneruskan kehidupan dengan tenang. Semoga proses mahkamah berjalan lancar."
Itulah tutur isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, membenarkan dia dan suaminya itu memperoleh perintah injunksi inter partes terhadap pemp£ngaruh, Norsufia Johari berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitn@h.
Nur Nilam yang mengulas mengenai keputusan itu menyifatkannya sebagai satu langkah p0sitif dalam usaha mereka menegakkan kebenaran serta melindungi reputasi daripada kenyataan tidak benar di ruang awam.
Perintah tersebut disahkan oleh firma guaman Tetuan Kung, Yudhist, Anis, Rasyid Aziana & Co, yang mewakili pasangan itu.
Klik untuk gambar besar
Menerusi sebuah kenyataan kepada media, perintah itu melarang Norsufia, atau lebih dikenali sebagai Cik Pia, daripada mengeluarkan, menyiarkan atau menerbitkan sebarang kenyataan yang berpotensi memfitn@h pasangan tersebut.
Perintah ini berkuat kuasa sehingga penyelesaian penuh k£s sam@n yang difailkan oleh pihak Nur Nilam dan Azlan.
Pada Ogos lalu, Azlan dan Nilam bertindak memfailkan sam@n fitn@h terhadap Cik Pia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas mendakwa wanita itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitn@h dan prov0kasi di media sosial.
Menurut dokumen mahkamah, kenyataan yang dibuat oleh Cik Pia didakwa mengandungi fitn@h, tuduhan melamp@u, prov0katif, man1pulasi dan bvli sib£r yang menyebabkan Nilam mengalami tek@nan em0si lebih-lebih lagi dalam keadaan hamil.
Sebelum itu, pada 1 Julai 2025, Cik Pia mewakili syarikat MSH Empire Resources n£kad untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Nilam dan Azlan yang menuntut permohonan maaf secara terbuka dan bayaran ganti rvgi berjumlah RM1 juta dari mereka.
Menurut Cik Pia, dia dan syarikat terk£san dengan dakwaan pasangan terbabit yang sudah menc£mar nama baik, memberi k£san langsung terhadap jualan pr0duk dan reputasi perniagaan.
Tambahnya lagi, syarikat tersebut sudah difitn@h secara terbuka, dituduh menjual pr0duk berbah@ya dan reputasi syarikat dan sebagai usahawan dig@nggu dengan niat yang jelas untuk menj@tuhkannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment