07 November 2025

"TAPI SAYA DAH TERLAMBAT, TERLAMBATKAH TOK ABAH" - ISTERI NUBHAN BERI RESPON PADA HANTARAN DATUK DR FADZILAH KAMSAH, SEHINGGA TARIK PERHATIAN - 'ADIK LELAKI' DR AFIFAH : "BUAT APA NAK MERATAPI LELAKI P0NDAN



"Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak," demikian kata isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, menerusi hantaran di Thr£ads berserta foto dirinya bersama anak perempuan sedang membaca buku.

Perkongsian Dr Afifah itu sekali lagi menjadi perhatian apabila mengingatkan setiap penulisan dan tindakan ibu bapa akan memberi k£san kepada anak-anak.

Ujar Dr Afifah lagi, anak-anak akan meniru setiap tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, ia turut mendapat perhatian seorang individu dipercayai adik kepada Dr Afifah iaitu Zaim Tawfek.

Klik untuk gambar besar

Meskipun Zaim tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun dia seakan memberi bayangan mas@lah rumah tangga 'kakaknya' itu tiada penyelesaian sekiranya pihak satu lagi lebih selesa melarikan diri dari mas@lah.

"Buat apa nak meratapi lelaki p0ndan, ada mas@lah lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik," tuturnya.

Selain itu, Dr Afifah turut meninggalkan komen penuh makna di hantaran milik pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah di platf0rm Thr£ads, dimana ia juga menjadi tumpuan netizen.

Melihat pada perkongsian itu, Fadzilah menasihati orang ramai supaya tidak mengamalkan sikap sind1r-menyind1r dalam rumah tangga kerana ia boleh menggug@t keharmonian hubungan.
"Sind1r-menyind1r seseorang cuma menyem@rakkan lagi api dalam perhubungan. Seeloknya, duduk semeja, bincang dan selesaikan," tulis Fadzilah.

Hantaran itu turut menarik perhatian ramai apabila Afifah meninggalkan komen pendek, namun cukup menyentuh hati.

"Tapi saya dah terlambat.. terlambatkah tok abah?" respon Dr Afifah, dimana komennya itu mencvri perhatian netizen yang meluahkan rasa simpati dan menitipkan kata-kata semangat buatnya.

"Bukan terlambat, doktor. Allah nak bagi kehidupan yang lebih baik."
"Pinggan tak retak, nasi tak dingin Dr.. itu pilihan dia, dah puas usaha, doa, kalau masih begitu, maka itu pula perancangan Dia yang Maha Tahu."

"Allah bagi ujian buat orang yang Dia sayang. Kuat ya, Dr Fie," itulah kata-kata pengguna media sosial.

Sebelum ini, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memfailkan tuntutan hadanah penuh serta interim terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memaklumkan, tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr Afifah pada September lalu.
Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu turut memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang baru-baru ini.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pr0siding k£s terbabit pada 2 Disember depan.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: