06 November 2025

BEKAS SUAMI GAG4L BERI RESPON, K£S TUNTUTAN NAFKAH TANGGUH - RAJA AZURA KATA ANAK-ANAK TAK PERNAH BERSALAMAN DENGAN AYAH DI PAGI RAYA, TAK PERNAH DAPAT UCAPAN HARI JADI



"Kali terakhir dia jumpa anak kami yang bongsu ketika umur 12 tahun iaitu pada 2012 kemudian tidak lagi bertemu.

"Anak saya juga tak pernah bersalaman dengan ayah mereka pada hari raya Aidilfitri dan tidak pernah menerima ucapan setiap kali tiba hari jadi."

Itulah ujar pelakon dan pengacara Raja Azura, 53, dimana dia mendedahkan anak-anaknya tidak pernah bertemu dengan bapa mereka, Adzmin Osman sejak 13 tahun lalu.

Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, turut menjelaskan, bekas suaminya itu juga tidak pernah menjalankan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka serta termasuk mencul@s nafkah.

Dalam pada itu, Raja Azura berkata, dia tidak pernah mengh@sut anak-anak untuk memb£nci bapa mereka, sebaliknya meminta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat memberikan nafkah.

"Saya memang didik anak saya menghormati ayah mereka dan tidak pernah menghalang atau mer@cuni fikiran dengan memburvk-burvkkan Adzmin.

Klik untuk gambar besar

"Malah, saya selalu minta anak-anak doakan supaya ayah mereka kaya-raya dan bahagia supaya dapat bagi nafkah," katanya.

Terdahulu, Raja Azura memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.

Tutur Raja Azura, bekas suaminya itu didakwa cul@s membayar nafkah mengikut perintah mahkamah sejak 15 tahun lalu dan mahu mendapatkan hak anak-anak.

Namun, usaha pengacara Raja Azura menuntut nafkah bagi tiga orang anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini, terpaksa ditangguhkan susulan bekas suaminya itu tidak memberikan kerjasama.
Menurut peguam yang mewakili Raja Azura iaitu Mohammad Amirul Hanizan, anak guamnya itu sudah melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki bekas suaminya, namun Adzmin menolak untuk memberi sebarang kerjasama secara baik.

Malah jelasnya lagi, anak guamnya juga bertemu sendiri dengan ahli keluarga bekas suami di Kedah dan Kuala Lumpur, namun apa yang dilakukan tidak berhasil.

"Semua usaha itu telah dimaklumkan kepada pihak mahkamah dan berpuas hati dengan keterangan kami.

"Kalau Adzmin masih ingkar, mahkamah sama ada memberi kebenaran terus kepada pihak plaintif untuk lakukan saman kepada pihak responden.
"Saya tak berani nak kongsi banyak sebab macam-macam arahan yang pihak mahkamah boleh keluarkan," katanya.

Ekoran itu, mahkamah menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh baru bagi penyerahan laporan penyampaian ganti yang dilakukan pihak plaintif.

Berhubung itu, Raja Azura berharap bekas suaminya dapat memberi kerjasama dengan baik dalam menyelesaikan tuntutan tersebut, kerana dia sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai ibu sehingga anak-anaknya berjaya dalam hidup mereka.

"Tolong bagi respons, saya bukan nak cari kesal@han sesiapa di sini. Tapi ini adalah perintah Allah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah kepada tiga orang anak.
"Saya pun nak minta dia menjalankan tanggungjawab dengan memberi nafkah kepada anak-anak dia. Saya buat ini kerana anak-anak dia.

"Peguam ada beritahau anak boleh sam@n ayah itu jika mahu kerana sudah lebih usia tapi bagi saya tak nak. Saya memang didik anak saya menghormati ayah dia," ujarnya.

Untuk makluman, Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: