Penyanyi Nubhan baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di media sosial, dimana ia telah menc£tuskan tanda tanya dan sp£kulasi netizen apabila memetik nama selebriti antarabangsa, Amber Heard.
Hantaran Nubhan itu mendapat pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang mendakwa penyanyi itu seolah 'play vict1m' serta mengatakan tidak perlu menyind1r orang lain.
Selain itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap isteri Nubhan, Dr Afifah Hidayah, susulan apa yang berlaku serta tertanya-tanya kisah sebenar yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Nubhan itu menerima perhatian Dr. Afifah yang tampil mempers0alkan tindakan suaminya itu seperti memberi gambaran anak-anak mereka lebih layak untuk bertemu dengan pembantu rumah.
"Bibik lebih layak ke dari ibunya?," tulis Dr Afifah pada ruangan komen di video yang dikongsiankan, dimana ia memaparkan ketiga-tiga anaknya itu gembira dan berpelukan selepas bertemu dengan pembantu rumah mereka.
Pun begitu, ramai netizen menyokong kenyataan yang dibuat oleh Dr. Afifah berhubung tindakan penyanyi lagu 'Kekasih Untukku' ini.
"Nanti anak membesar dengan bibik. Bapanya (Nubhan) sibuk bekerja saja, baik bagi mak dia saja.
"G@duhlah macam mana dengan pasangan jangan pisahkan anak daripada ibunya. Ibu itu yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan selamanya ibulah yang sentiasa mendoakan anak-anak," tulis netizen.
Pada Rabu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memaklumkan, tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr. Afifah pada September lalu.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment