"Bukanlah nak meninggi diri, sebenarnya apa-apa imej tidak mendatangkan k£san. Kalau bab tawaran makin kurang, saya kena betulkan.
"Alhamdulillah banyak tawaran yang saya tolak sebab nak fokus pada satu drama ini iaitu 'Doa Yang Terlindung'. Kalau ada berpendapat tawaran saya kurang, itu saya kena betulkan.
"Selepas pakai tudung ini, saya tolak dua filem dan satu drama. Semua rezeki daripada Allah. Alhamdulillah rezeki saya sangat murah. Malah, juga yang panggil saya buat duta sebab penampilan baharu."
Demikian ujar pelakon Fasha Sandha, dimana dia men£pis dakwaan yang mengatakan dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan selepas memakai tudung.
Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, sebaliknya menjelaskan, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana hanya mahu memberikan fokus kepada nashkah yang terbaik.
Dalam perkembangan lain, Fasha bakal membintangi drama Akasia, 'Doa Yang Terlindung' yang bakal ditayangkan tahun depan di TV3.
Selain Fasha, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Sharifah Rose, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment