07 November 2025

AKUI HIDUP KINI LEBIH BAHAGIA SELEPAS BERKAHWIN - SABRONZO BIMBING SUAMI TENTANG AGAMA, KONGSI ADA SEBAB PILIH BALI SEBAGAI LOKASI MAJLIS RESEPSI



"Saya tak rasa perkahwinan ini menj£jaskan kerjaya, malah ia membuatkan saya berasa lebih bersemangat. Saya sentiasa fokus dan akan memberikan komitmen untuk mencapai segala sasaran bersama Dolla.

"Suami saya juga memberi motivasi untuk menjadi lebih baik memandangkan kami berada dalam bidang yang sama. Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin saya baik-baik sahaja. Saya gembira kerana telah berjumpa lelaki yang terbaik.

"Nak kata ada perbezaan banyak sangat selepas berkahwin, tidak juga kerana kami masing-masing memberikan fokus terhadap kerjaya kami. Cuma bezanya sekarang bila saya balik, saya ada teman untuk berbual."

Itulah kata penyanyi Sabronzo, 30, dimana dia tidak melihat perkahwinan sebagai satu halangan untuk terus aktif dalam dunia seni bersama kumpulan Dolla.

Tutur Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, suaminya iaitu Ryan Fieret, memberi sokongan penuh dan semangat baharu untuk terus maju sebagai penghibur.

Akui Sabronzo, dia kini lebih bahagia dan tenang di samping suami tercinta ketika berkongsi fasa hidup baharu sebagai isteri.

Klik untuk gambar besar

Sabronzo dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur, selain juga tidak merasakan satu perubahan besar dalam kehidupan kini, memandangkan kedua-dua mereka bekerja dalam bidang yang sama.

Dalam pada itu, Sabronzo berkata, dia enggan kisah peribadi mereka terus menjadi perhatian ramai kerana mahu hidup lebih tenang tanpa sebarang tek@nan daripada mana-mana pihak.

Jelas Sabronzo lagi, dia juga banyak memberi bimbingan tentang agama kepada suaminya yang merupakan seorang mualaf.

"Perkara ini merupakan satu isu peribadi dan saya juga tak nak memberikan tek@nan kepada sesiapa. Agama lama dia juga mengajar tentang keamanan dan ketenangan.

"Apa yang penting ialah cara saya mengajar suami tentang Islam. Selagi mana kehidupan kami dipenuhi dengan kebaikan dan cinta, insya-Allah semuanya akan okey," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai pemilihan Bali, Indonesia sebagai lokasi perkahwinannya bersama suami, Ryan Fieret, Sabronzo memberitahu, dia dan suaminya memang meminati destinasi percutian popular itu dan merasakan ia tempat paling sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, kami memang sukakan Bali. Kami suka ke sana. Kami ada melihat lokasi di sana juga sangat unik di tepi tebing laut.

"Keluarga suami saya juga tidak pernah ke negara Asia, jadi kami rasa Bali merupakan lokasi terbaik untuk mengadakan majlis perkahwinan.

"Kami mahu memberi pengalaman terbaik buat semua tetamu yang hadir dan itu sangat penting untuk menjadikan majlis ini diingati oleh semua," jelasnya.

Selain itu, Sabronzo berkata, dia seorang yang bersifat privasi apabila menyentuh s0al peribadi ketika mengulas mengenai pernikahannya yang meng£jutkan ramai peminat.

Ujar Sabrinzo lagi, dia lebih selesa untuk berkongsi berita gembira kepada orang ramai selepas mereka sah bergelar suami isteri.
"Saya agak privasi orangnya. Kalau bab peribadi seperti perkahwinan dan suami, saya lebih memilih untuk berkongsi berita baik (perkahwinan) sahaja.

"Apabila masanya sudah sesuai untuk saya kongsikan, saya tetap akan berkongsi kepada semua," katanya yang turut berkongsi pengalaman saling mencuba makanan budaya masing-masing memandangkan suaminya itu berasal dari Belanda.

"Saya rasa dia lebih suka makan makanan Malaysia. Dia suka makan nasi lemak jadi saya selalu masakkan untuk dia nasi lemak. Saya juga ada merasai makanan dari Belanda, saya suka sebab makanan mereka lebih sihat," tuturnya.

Sebelum ini, Sabronzo memaklumkan, dia sah bergelar isteri kepada Ryan pada September lalu dan mereka diraikan dalam majlis resepsi di Bali, Indonesia.

Pasangan ini difahamkan mula berkenalan sekitar awal tahun 2023 selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara.

Foto tular acara perkahwinan di Bali itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan tuduhan penyanyi berkenaan melangsungkan majlis kahwin mengikut budaya luar negara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: