07 November 2025

KONGSI FOTO BERSAMA - INI WAJAH BAKAL SUAMI TIZ ZAQYAH? : "DOAKAN KAMI SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN"



"Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin," demikian kata individu yang dikenali sebagai Nas Amer itu menerusi perkongsian di media sosial miliknya, dimana dia memohon orang ramai agar mendoakan segala urusannya bersama pelakon Tiz Zaqyah dipermudahkan.

Tiada lagi rahsia, lelaki dipercayai kekasih Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, akhirnya berkongsi foto bersama pelakon itu secara terbuka di media sosial.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang rata-rata meluahkan rasa teruja serta menitipkan doa buat pasangan berkenaan.

"Semoga dipermudahkan urusan awak dan Tizzy (panggilan Tiz). Saya gembira untuk awak berdua."

"Wah, tahniah semoga dipermudahkan segala urusan."

Klik untuk gambar besar

"Semoga Allah merahmati kalian dengan kebahagiaan hingga ke syurga, tahniah," tulis netizen.

Sebelum ini, Tiz memaklumkan khabar gembira dia kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya.

Jelas Tiz, dia dan bakal suaminya itu masih belum menetapkan sebarang tarikh majlis perkahwinan, namun dijangka akan berlangsung tahun hadapan.

Tambahnya lagi, lelaki itu merupakan kenalan lama yang dikenalinya sejak kecil dan adik kepada seorang pelakon tempatan, dimana hasil pemerhatian, lelaki berkenaan ada kaitan keluarga dengan pelakon Nas-T.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: