15 November 2025

BERGRADUASI WALAU SARAT DENGAN DUG4AN - REBECCA NUR AL-ISLAM KONGSI BERDEPAN CAB4RAN SEBELUM GENGGAM IJAZAH : "SEKELIP MATA ALLAH SWT TARIK SEGALANYA DALAM HIDUP SAYA... SAYA REDA..."



"Sesungguhnya perjalanan pembelajaran selama hampir lima tahun belajar bukanlah mudah kerana dalam masa yang sama sayalah ibu kepada tujuh anak saya yang masih kecil lagi.

"Sayalah anak perempuan kepada ibu saya, sayalah isteri (pada ketika itu) dan dalam masa sama saya juga bekerja dengan mencari rezeki yang halal untuk anak-anak saya."

Itulah ujar pelakon Rebecca Nur Al-Islam, 39, dimana dia tidak percaya apabila dia berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah selepas lima tahun berjuang dengan pelbagai tanggungjawab.

Rebecca yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya berkata, terlalu banyak peng0rbanan yang dilalui sepanjang bergelar pelajar.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada perkongsian itu, Rebecca turut memuat naik foto memaparkan dia menyarungkan jubah konvo bersama scrol sebagai tanda kenang-kenangan dan meraikan hari bermakna itu bersama tiga anaknya.

Dalam pada itu, Rebecca juga mengimbau kembali perjalanan lalu, dimana dia reda dengan pengalaman tersebut, selain menyedari setiap perkara yang berlaku adalah sekadar pinj@man.

Tuturnya lagi, pengalaman tersebut juga membuatkan dia bertambah kuat, selain anak-anak menjadi tempat dia mendapatkan ketenangan diri.
"Dengan sekelip mata Allah SWT tarik segalanya dalam hidup saya. Saya sedar dunia hanya sementara. Saya sedar saya hanya di sini sebagai pinj@man dari Allah.

"Saya reda apa sahaja yang terjadi dalam hidup saya, saya bersyukur kerana percaya Allah sayang saya," luahnya yang dalam sama sama juga menitip pesanan buat anak-anaknya agar sentiasa berwaspada dengan dug@an hidup memandangkan terlalu banyak cab@ran yang perlu dilalui tanpa didug@.

"Ingat hidup tidak selalunya indah, sayang. Kita pasti akan diuji. Pegang teguh pada agama dan Al-Quran. Pandangan orang lain itu tidak penting, kita senyum dan ucaplah Alhamdulillah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: