15 November 2025

"NUBHAN SEORANG AYAH YANG BAIK... SAYA TAK MAHU JAUHKAN MEREKA (ANAK-ANAK) DARIPADA DATUK NENEK MEREKA..." - DR AFIFAH TAK MAHU B£BAN FIKIRKAN ANAK-ANAK DENGAN MAS4LAH ORANG DEWASA



"Buat masa ini, kebanyakannya anak-anak bersama saya. Nubhan ada memfailkan permohonan ke mahkamah untuk mendapatkan hadanah penuh. Anak-anak masih bersekolah dan interim sekarang, mereka berada dengan saya seperti dinyatakan dalam surat mahkamah."

Demikian jelas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dimana dia menjelaskan, tiga anak mereka masih berada di bawah jagaannya secara interim sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan hadanah penuh yang difailkan suaminya.

Menurut Dr Afifah atau Dr Fie, buat masa ini anak-anak lebih banyak berada bersamanya kerana masih bersekolah, namun dia tidak pernah menghalang Nubhan untuk berjumpa dengan mereka.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Dr Fie berkata, dia sentiasa berusaha menenangkan tanpa memb£bankan fikiran anak-anaknya dengan mas@lah orang dewasa jika mereka bertanyakan mengenai situasi semasa.

"Saya akan cuba jelaskan kepada mereka dengan cara sesuai, seperti 'Abah sibuk' atau 'Abah ada persembahan'. Saya juga tunjuk mereka abah mereka di TV supaya mereka faham.

"Selama ini pun Nubhan banyak keluar bekerja, jadi anak-anak memang lebih banyak bersama saya. Kalau Nubhan ada masa terluang, saya tak pernah halang dia berjumpa anak-anak supaya mereka tidak rasa kehilangan," tuturnya.

Ujar Dr Fie lagi, dia tidak pernah berniat menjauhkan mereka daripada sesiapa kerana baginya, hubungan anak-anak dengan kedua-dua belah pihak penting.
"Nubhan seorang ayah yang baik. Saya pula seorang ibu, kita mengandung, melahirkan, menyusukan. Mana ada ibu yang tak rapat dengan anak, kan?

"Saya tak mahu jauhkan mereka daripada ibu bapa saya, datuk nenek mereka, keluarga Nubhan atau Nubhan sendiri. Mereka berhak menikmati masa dengan semua yang mereka sayang," katanya.

Dalam pada itu, Dr Fie menjelaskan, dia masih belum memaklumkan sepenuhnya kepada anak-anak mengenai situasi sebenar.
"Saya ada beritahu Nubhan supaya kami terangkan bersama-sama mengenai keadaan ini. Tetapi apa pun, kita tunggu dahulu keputusan mahkamah pada 2 Disember nanti.

"Selepas itu barulah kami berbincang bagaimana untuk menerangkannya kepada anak-anak," ujarnya.

Sementara itu, Dr Fie berkata, dia meluahkan rasa syukur atas pelbagai rezeki dan dipertemukan dengan insan-insan yang baik hati.

"Masya-Allah, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Mungkin ini rezeki yang tak disangka," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: