08 November 2025

BILA HATI 'ABANG JAMIL' MULIA, BANTU PR0MOSI MESKIPUN GAMBARNYA DIGUNAKAN TANPA KEBENARAN - USAHAWAN TAMPIL MOHON MAAF, TIADA NIAT



"Tapi satu lagi hati saya cakap, mungkin dia sus@h dan buat sendiri. Untung pun tak banyak, jadi saya terus tolong pr0mosikan di media sosial saya. Mungkin juga dia ibu tunggal, mana tahu kalau boleh bantu dia sikit."

Demikian jelas pelakon Que Haidar atau 'Abang Jamil', dimana dia memilih untuk membantu seorang usahawan kecil selepas gambar peribadinya digunakan tanpa kebenaran.

Tindakan murni Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, itu menerima pujian ramai yang yang menyifatkannya sebagai seorang artis yang berhati mulia dan tidak cepat melatah.

Dalam pada itu, kata Que, pada awalnya dia agak terkil@n apabila mendapati gambarnya digunakan untuk mempr0mosikan pr0duk tanpa izin.

Que yang tidak mahu menjadikan isu tersebut sebagai mas@lah besar itu bagaimanapun melihat perkara tersebut daripada sudut p0sitif dengan membantu mempr0mosikan pr0duk berkenaan secara percuma.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, usahawan berkenaan tampil memohon maaf kepada Que kerana menggunakan gambarnya tanpa kebenaran, serta menjelaskan dia tidak berniat meniru atau mengambil kesempatan, sebaliknya teruja apabila melihat rekaan kopiah yang mirip dengan hasil tangannya sendiri.

"Maaf Que, saya tak minta izin guna gambar. Sebenarnya saya baru belajar kait dan buat untuk adik serta kawan-kawan.

"Saya ternampak gambar Que pakai kopiah yang sama rekaan, jadi saya edit dan post di media sosial.

"Terima kasih Que atas niat baik dan sokongan. Ya, kait sendiri memang tak banyak untung," tuturnya.

Sebelum ini, nama Que menjadi hangat selepas video 'lipsync' lagu 'Jamilah' yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini menjadi tular sehingga menc£tuskan fenomena dalam kalangan pengguna media sosial.
Menurut Que, dia tidak menyangka video berkenaan akan mendapat sambutan luar biasa apabila kini sudah meraih lebih 9 juta tontonan, 13,000 komen dan 222,000 tanda suka di media sosial.

Kongsinya lagi, video 'Jamilah' itu sebenarnya dirakam secara spontan ketika dirinya sedang mengantuk dan ingin tidur.

"Saya ketika itu mengantuk dan nak tidur. Hidup saya pula tak berapa meriah dan 'scroll' TikTok pada pukul 2 pagi kemudian nampak ada seorang lelaki 'miming' lagu Jamilah.

"Kemudian saya rasa lagu itu mengimbau zaman kanak-kanak saya dan terus rasa nak buat juga. Katil besar, tiada orang pula di sebelah, nak buat apa lagi? Jadi, kita hiburkan diri dengan lakukan video itu sebelum tidur.
"Keesokan hari, mula-mula saya semangat juga nak tengok 'like' dan komen tetapi selepas itu sudah tidak larat sebab sudah beribu-ribu respon.

"Tapi saya tengok setiap video dan hargai apabila orang suka dan gembira. Video 'simple' sahaja tetapi buat orang seronok," ujarnya.

Untuk makluman, Que pernah mendirikan rumah tangga dengan guru tarian iaitu Linda Jasmine pada 14 Februari 2009, sebelum mengumumkan mereka sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.

Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 25 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: