08 November 2025

PERANCANGAN KAHWIN TAHUN INI - SYAZWAN ZULKIFLY TERPAKSA TANGGUHKAN : "SAYA KEMBALI SIBUK DENGAN LAKONAN, SYA JUGA SUDAH NAIK PANGKAT..."



"Sebelum ini saya ada beritahu ketika ditemubual pihak media, memang kami rancang nak kahwin tahun ini tapi selepas filem 'Bl00d Brothers', saya kembali sibuk dengan lakonan. Sya juga sudah naik pangkat dan sibuk dengan kariernya sekarang. Jadi, kami terpaksa rancang semula perkara itu."

Itulah kata Syazwan Zulkifly, 38, dimana pelakon itu memaklumkan, dia terpaksa menangguhkan perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli (Sya), 38, pada tahun ini kerana kesibukan dengan karier seninya.

Jelas Syazwan, bakal isterinya itu juga baru dinaikkan pangkat sebagai ketua pramugari, malah Syawariah juga tidak kisah perancangan untuk berkahwin ditangguhkan lagi kerana mereka dalam fasa perhubungan yang sudah matang.

Klik untuk gambar besar

"Sya juga tidak kisah kami lambat kahwin kerana sudah lepas sasaran umur yang sepatutnya kami berkahwin dulu. Sya juga sangat memahami dan tidak pernah g@nggu saya bekerja di set penggambaran kerana kami saling mempercayai antara satu sama lain.

"Insya-Allah, jika sudah sampai masanya untuk kami berkahwin nanti, saya akan beritahu dan tidak sorok dari pihak media dan peminat," ujar pemenang trofi, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menerusi filem Bl00d Brothers : Bara Naga itu.
Terdahulu, Syazwan dan Syawariah pernah mengikat pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga Syawariah di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.

Namun, pasangan itu sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020, sebelum ikatan kasih mereka bertaut kembali dan Syazwan juga memberitahu perancangan mereka untuk berkahwin pada tahun ini ketika ditemubual pihak media.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: