08 November 2025

"SAYA MAHU UTAMAKAN KEAMANAN DARIPADA NAK MEMBERI TEK4NAN KEPADA DIRI SENDIRI" - SYADA AMZAH ENGGAN LAGI FIKIR S0AL JODOH



"Dulu memang ada rasa bilalah giliran aku nak kahwin. Tetapi sekarang, saya tidak kisah lagi, ada rezeki adalah kalau tak ada mungkin belum masa. Tiga empat tahun lagi atau lima tahun lagi pun tak mengapa.

"Saya sudah penat, saya mahu utamakan keamananan daripada nak memberi tekanan kepada diri sendiri," jelas penyanyi Syada Amzah, 27, dimana dia tidak lagi meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan dalam hidupnya ketika ini.

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thr£ads, Syada atau nama sebenarnya, Nursyuhada Amir Amzah, berkata, dia kini lebih selesa memberi fokus kepada ketenangan dan kesejahteraan diri daripada memikirkan s0al jodoh.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini turut memberitahu, fokusnya kini hanya untuk mencari rezeki bagi melunaskan komitmen yang ditanggung.

Klik untuk gambar besar

Syada bagaimanapun tetap p0sitif meskipun berdepan tek@nan dan keletihan serta memilih untuk menikmati kehidupannya dengan cara yang sederhana tanpa terburu-buru mencari calon suami.

"Kerja keras setiap hari untuk bayar komitmen, sikit pun bukan untuk diri saya sendiri melainkan makanan. Saya bermain games untuk lepaskan tek@nan dan itu saja yang mampu 0tak saya gunakan buat masa ini," tutur anak bongsu daripada empat adik beradik.

Dalam perkembangan semasa, Syada kini aktif di media sosial dan sering berkongsi tentang kehidupan, pengalaman dan pendiriannya dalam pelbagai isu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: