"Sebenarnya saya tak mahu komen hal rumah tangga mereka (Nubhan & Dr Afifah). Hanya mengharapkan yang terbaik buat mereka. Saya tidak mahu komen lebih-lebih."
Demikian ujar penyanyi Siti Nordiana, dimana sebagai seorang sahabat, dia hanya mengharapkan yang terbaik buat rakan artis, penyanyi Nubhan yang kini sedang berdepan kem£lut rumah tangga.
Dalam pada itu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 41, berkata, dia juga tidak seharusnya masuk campur akan urusan Nubhan bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak boleh nak komen sebab masih dalam proses mahkamah. Dalam keadaan begini lebih baik berdiam. Kedua-dua mereka sahabat saya. Kita berikan mereka ruang. Kita pun tak tahu apa yang mereka hadapi," tuturnya.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment