"Sampai sekarang ibu masih rasa tak percaya sudah ada anak. Sepanjang hamil, ibu langsung tidak mengidam, tiada al@han pagi. Ibu seorang yang pen@kut dan tak boleh tidur seorang diri.
"Tetapi sejak Qeyaa (panggilan anak) ada dalam perut, ibu berani tidur sendirian selama sembilan bulan. Selalu makan seorang diri, sebenarnya hampir setiap masa. Masa Qeyaa dalam perut, ibu jadi sangat rajin memasak."
Demikian tulis pelakon Uqasha Senrose, 33, menerusi satu hantaran penuh em0si di media sosial miliknya, dimana dia bagaikan tidak percaya kelahiran seorang cahaya mata telah banyak mengubah hidupnya.
Melihat pada perkongsian itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, meluahkan rasa kasih dan peng0rbanan terhadap anak perempuannya, Hawra Uqaira, 18 bulan.
Malah, tutur Uqasha lagi, sepanjang kehamilannya, banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya, antaranya dia berani melakukan perkara yang selama ini dianggap men@kutkan, termasuk tidur seorang diri selama sembilan bulan.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini juga sanggup berk0rban apa sahaja demi memastikan anaknya itu mendapat perlindungan terbaik.
"Uqaira adalah nyawaku. Ibu akan lakukan apa sahaja untuk melindungi kamu, walau nyawa sekali pun... ibu sanggup. Tak perlu orang k£sian kepada kita. Ibu ada kamu dan kamu ada ibu.
"Suatu hari nanti awak akan melalui zaman remaja, bertemu seseorang dan tinggalkan ibu. Tetapi ingat, ibu telah lakukan yang terbaik untuk membesarkan dan melindungi awak supaya hidup awak selamat.
"Maafkan jika ibu bukan yang sempurna. Tapi percayalah sayang, sejak Qeyaa lahir ibu mula belajar menjadi orang yang baik buat kamu. Qeyaa amanah Allah untuk ibu jaga," luahnya.
Lebih menyentuh em0si, Uqasha sempat menitipkan pesan buat Uqaira agar menjadi anak yang solehah dan menghargai setiap saat bersama.
"Jadilah anak yang solehah, ya sayang. Kita sama-sama belajar mengaji dan solat. Apa pun yang berlaku nanti, kamu tetap anak ibu, rezeki paling berharga dalam hidup ibu," ujarnya yang belajar jadi ibu terbaik buat Uqaira.
Untuk makluman, Uqaira yang dilahirkan pada April 2024 itu merupakan hasil perkongsian hidup Uqasha bersama Kamal yang mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment