"Nama Islam saya ialah Liana Alara, nama yang membawa makna baharu, kedamaian dan cahaya dalam kehidupan baharu hidup saya."
Itulah kata kekasih kepada pelakon Ben Amir iaitu personaliti media sosial dan model, Maiya menerusi media sosial, dimana dia memperkenalkan nama barunya, 'Liana Alara' selepas sah memeluk Islam.
Dalam perkongsian itu, Miaya menjelaskan, dia memilih nama tersebut yang membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baru hidupnya.
Sementara itu, Liana menerusi satu hantaran lain pula, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan dalam fasa baru kehidupannya itu.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah untuk permulaan baharu ini. Saya bersyukur atas segala kasih sayang dan kehadiran semua pada hari istimewa saya.
"Hari ini begitu luar biasa dan penuh kasih sayang. Terima kasih kerana menyambut saya dengan begitu baik dalam perjalanan baharu kehidupan ini.
"Doa, mesej dan pelukan anda (walaupun dari jauh) amat bermakna dan suk@r digambarkan dengan kata-kata. Saya benar-benar bersyukur untuk setiap seorang daripada anda," tulisnya.
Dalam pada itu, Maiya turut berkongsi sekeping gambar sijil pengislaman yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sekali gus mengesahkan berita gembira itu.
Meninjau ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya Liana dipermudahkan segala urusan dalam menjadi seorang muslim yang baik.
"Assalamualaikum dan Alhamdulillah untuk kamu. Semoga Allah memberkati kamu dengan kebaikan, petunjuk serta segala yang baik untuk fikiran, hati dan jiwa kamu," tulis warga maya.
"Selamat datang. Teruskan belajar, Insya-Allah kamu akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik, amin," antara komen-komen yang ditulis netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment