"Rasanya semua orang pun tahu yang memang saya seorang diri masa hamil sebab dia (Kamal Adli) kerja outstation back to back (tanpa henti)."
Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia memuat naik semula video temu bual dan berkata, dia terpaksa menghabiskan masa seorang diri ketika hamil anak sulung iaitu Haura Uqaira tanpa kehadiran suaminya, pelakon Kamal Adli.
Akui Uqasha, tempoh kehamilannya bukanlah satu perjalanan yang mudah, terutamanya apabila bersendirian disebabkan suaminya itu sering berada di luar kawasan kerana komitmen kerja yang berterusan.
Tidak hanya coretan, Uqasha juga turut berkongsi video lama yang merakamkan dirinya sedang bercakap tentang rasa gem£ntar untuk menimang anak sulung.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Uqasha tidak membuat sebarang kenyataan lain selepas perkongsian video itu dilakukan.
Sebelum ini, dalam satu hantaran, Uqasha mengimbas kembali momen dia tidur sendirian selama sembilan bulan ketika sedang hamil, meskipun mengakui dirinya seorang yang pen@kut.
Menerusi hantaran sama, Uqasha turut memberitahu, dia sanggup melakukan apa saja demi melindungi anaknya, Hawra Uqaira, malah tidak kisah berk0rban nyawa sekali pun.
Tutur Uqasha lagi, dengan kelahiran Uqaira, dia belajar untuk menjadi ibu yang baik serta memohon maaf seandainya dia bukan ibu yang sempurna.
Untuk makluman, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021 dan dikurniakan anak sulung perempuan, Hawra Uqaira.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas dikatakan berg0lak sejak April lalu, namun ia bukanlah berpunca daripada orang ketiga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment