12 November 2025

"KEKUATAN SAYA ADALAH ANAK-ANAK & MAK SAYA" - NUBHAN JELAS IBUNYA TAK TAHU ORANG MENGATA, HIDUP TETAP SEPERTI BIASA



"Mak saya tak tahu apa-apa. Dia di rumah cuma tonton televisyen. Itupun bila saya beritahu 'mak, adik masuk GV, tolong doakan'. Mak tak tahu apa yang berlaku di media sosial, tak tahu orang mengata.
"Dia cuma tahu saya dan isteri sudah berpisah. Tapi hidupnya tetap seperti biasa. Usianya pun sudah lanjut, kadang-kadang pun terlupa, badan pun s@kit-s@kit."

Demikian kata penyanyi Nubhan yang menjelaskan, ibunya yang lebih mesra disapa Mak Jenny tidak tahu mengenai perkara yang hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu rumah tangganya dengan isteri, Dr Afifah Hidayah.

Tutur Nubhan, ibunya yang kini berusia 80 tahun itu hanya menonton televisyen selepas dimaklumkan dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia juga orang biasa dan bukan mudah untuk memberi fokus dalam pr0gram realiti berkenaan susulan rumah tangganya menjadi perhatian ramai.

"Saya ini orang biasa, mudah rasa lemah. Jadi saya hanya mohon kekuatan dan doa agar terus diberikan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza," ujarnya.

Disamping itu, akui Nubhan lagi, ibu dan anak-anaknya menjadi sumber kekuatannya untuk membuat persembahan serta meluahkan rasa syukur rakan-rakan banyak memberikan sokongan.

"Kekuatan saya adalah anak-anak dan mak saya. Kalau tak ada mereka, saya mungkin tak sekuat sekarang. Saya rasa cukuplah bercakap tentang perkara ini.

"Apa pun, saya bersyukur kerana peminat dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan dan kepercayaan. Kalau tidak, saya mungkin tidak berdaya untuk terus membuat persembahan," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: