13 November 2025

"BUKAN MEREKA YANG BERI SAYA DUIT, SAYA PERLU BEKERJA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP" - BABY ARIN RES2 AKUI TAK M4LU JADI PENGHANTAR BARANG



"Sebelum ini, saya bekerja di bahagian pentadbiran syarikat sama selama tujuh bulan di Senawang, Negeri Sembilan. Namun, bagi mendapatkan lebih pendapatan, saya membuat keputusan berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penghantar barang pula.
"Sudah hampir enam bulan saya buat kerja ini, di mana saya bekerja di bawah kakak saya. Setakat ini, Alhamdulillah, pendapatan saya memuaskan. Saya tak peduli jika ada yang kata tak m@lukah kerja macam ini sedangkan dahulu artis terkenal.

"Bagi saya, kenapa perlu m@lu dan pedulikan cakap-cakap orang. Bukan mereka yang beri saya duit. Saya perlu bekerja demi kelangsungan hidup," ujar anggota Res2, Baby Arin, dimana dia akui tidak malu bekerja sebagai penghantar barang dengan sebuah syarikat kurier terkemuka sejak enam bulan lalu.

Baby Arin atau nama sebenarnya, Lily Zarina Khalil, 47, juga ada berkongsi kerja baharunya itu di media sosial hingga meraih perhatian peminat.

Meskipun dipandang sin1s, Baby Arin yang pernah mencipta nama bersama kumpulan rap wanita terkenal era 1990-an itu, tidak mempedulikan kata-kata netizen kerana mahu beroleh rezeki halal.

Kongsinya lagi, sepanjang menghantar barang, ada peminat yang menegur dan mengenalinya sebagai sal@h seorang anggota Res2.

Selain itu, Baby Arin dilihat tidak m@lu berkongsi kehidupan harian di media sosial sehingga ada peminat mahu datang ke hab barangan semata-mata mahu merakam foto dengannya.

"Saya tak kisah jika ada peminat sampai nak datang ke hab untuk bergambar. Jika mereka nak datang saya alu-alukan, saya tak kisah pun melayan mereka. Saya akui pada awal kej@tuhan kerjaya Res2, terbit rasa m@lu apabila terpaksa bekerja.

"Tetapi, sampai bila saya hendak fikir pasal m@lu? Saya kena buang m@lu dan lepaskan perasaan yang saya ini artis dengan perlahan-lahan. Jika rasa m@lu itu masih ada, macam mana saya hendak hidup?" katanya yang turut memberitahu, sebelum ini, dia menjadi penerima tempahan di syarikat penghantar makanan terkemuka.

"Macam-macam kerjalah yang saya buat selepas Res2 tidak lagi aktif," jelasnya yang turut berkata, dia pernah ditanya kenapa tidak mencari lelaki berstatus atau memiliki kerjaya kukuh sebagai suami untuk hidup senang.

Tutur Baby Arin, bukan kekayaan lagi yang ingin dik£jar selepas dua kali melalui episod kegag@lan dalam rumah tangga, sebaliknya, dia mahukan ketenangan.

"Ada yang tanya kenapa saya tak kahwin dengan orang berpangkat Datuk? Saya pernah hidup senang. Tetapi hubungan itu tiada keserasian dan tiada jiwa. Namun, dengan suami ketiga, walaupun dia bukanlah berduit, tetapi saya tenang.

"Dia boleh dibawa berbincang. Mungkin kami tidak direzekikan dengan duit yang banyak, tetapi rumah tangga yang berkat juga adalah sal@h satu rezeki yang harus saya syukuri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: