22 November 2025

BUAT LAWAK 'DOUBLE MEANING' - JOEY DAUD AKUI TIADA NIAT, HANYA IKUT KARAKTER DALAM LAKONAN : "BARU BUAT SIKIT MACAM INI DAH KENA S£RANG, MACAM MANA FILEM KITA NAK MAJU"



"Kami bukan mahu menormalisasikan (lawak 'double meaning') tetapi hanya menjayakan karakter dan kehendak penulis skrip. Sebelum kita keluarkan dialog-dialog ini, kita kena bincang dulu dengan pihak pr0duksi. Kalau okay baru kami (pelakon) buat.

"Saya anggap perkara ini normal. Kalau kita dengan kawan-kawan pasti akan keluar bahasa lagi t£ruk. Dialog yang digunakan dalam filem ini ingin menunjukkan keakraban sebagai sahabat, maka akan keluar bahasa-bahasa begitu."

Itulah kata pelakon dan pelawak, Joey Daud, 52, dimana dia men£gaskan, penggunaan lawak berunsur 'double meaning' dalam filem terbaharunya, 'Klep£t' bukan berniat untuk menormalisasikan hum0r sedemikian, sebaliknya hanya menjayakan karakter yang diminta dalam skrip.

Ujar Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, penggunaan bahasa sedemikian selari dengan watak yang dibawa dan sering digunakan dalam interaksi harian.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Joey memberitahu, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri untuk menghidupkan karakter, selain men£gaskan, penonton tidak seharusnya menjadikan lawak 'double meaning' sebagai fokus utama, sebaliknya mencari mesej yang ingin disampaikan dalam filem.

"Setiap orang akan 'sarung' karakter berbeza. Kalau tidak semuanya akan sama. Dah namanya pun berlakon. Kalau nak cakap fasal bahasa luc@h, di luar sana lebih t£ruk.

"Kalau baru buat sikit macam ini dah kena s£rang, macam mana filem kita nak maju. Saya harap penonton tonton filem ini secara keseluruhan sebelum menilai.

"Filem ini sangat luas tetapi kalau boleh janganlah pandang perkara itu saja (lawak 'double meaning'). Contoh saya peniaga pisang, saya letak papan tanda bertulis 'jangan sentuh pisang saya'. Maksudnya apa? Jangan r0sakkan pisang saya sedang berniaga kan.
"Perkara itu boleh jadi dua makna ('double meaning'), jadi fokus saja pada keseluruhan cerita apa yang ingin kami sampaikan," ulasnya.

Joey dalam masa sama turut menekankan kepentingan bimbingan orang dewasa kepada penonton bawah umur, khususnya kanak-kanak bagi memberi penerangan lebih jelas.

"Kena ada orang dewasa untuk menerangkan apa maksud sebenar dialog-dialog itu. Jangan tengok kosong sahaja. Saya cakap sebab saya pun ada anak. Bila ada babak-babak begini saya akan terangkan kepada anak-anak supaya mereka jelas. Kena faham," tuturnya.

Selain Joey, 'Klep£t' yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 27 November ini, turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Meerqeen Aeril Zafrel, dan Eric Fuzi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: