Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman telah pun selamat kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Zainal pada pagi Sabtu, hari ini.
Majlis pernikahan pasangan ini difahamkan berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor, dimana ia juga dikongsi oleh beberapa rakan artis termasuk pelakon Serina Redzuawan yang menjadi orang tengah pertemuan dua mempelai itu.
Serina yang berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial miliknya bersama beberapa gambar pertemuan Fauziah dan Zainal sebelum ini, turut mengucapkan tahniah, selain mendoakan kebahagiaan buat pengantin baharu itu.
"Bersyukur dapat menjadi pengantara dan saksi kasih sayang mereka. Allah Maha Baik menyatukan mereka berdua. Saya hanya kenalkan mereka sebab nampak kedua-duanya insan yang cukup baik.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, hari bahagia Fauziah juga turut dikongsi oleh pereka fesyen Seth & Luna yang menyiapkan busana pernikahan Fauziah dan suami, dimana kedua-dua mereka memilih rona ungu untuk majlis tersebut.
Menerusi perkongsian itu, Fauziah yang lebih mesra disapa Mama Zie dilihat begitu cantik memperagakan busana pengantin berona ungu sambil ditemani Shila dan suami, Ubai MZ.
"Tahniah Shila Amzah dapat bapa baru hari ini. Selamat pengantin baharu buat Mama Zie dan Tuan Zainal. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah," tuturnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Fauziah sekeluarga.
Untuk makluman, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989, namun mengambil keputusan untuk bercerai selepas 34 tahun hidup bersama.
Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!












No comments:
Post a Comment