"Hari terakhir di Makkah ini dug@an apa yang korang mengata saya sekeluarga. Ameena sihat sahaja, tak s@kit pun. Anak yang lain s@kit.
"Kenapa tak call? Kami benarkan Ameena nak call atau video call, tetapi dia yang tak minta nak call. Mak dia kenapa tak call? Sebelum ini boleh mesej atau hubungi terus Ameena."
Demikian tulis penyampai radio, Fizi Ali, 36, menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, dimana dia tampil menjelaskan kenyataan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri yang mendakwa tidak mendapat sebarang khabar mengenai anak mereka, Ameena Sofia yang kini sedang berada di Tanah Suci Makkah.
Dalam hantaran itu, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, menafikan bahawa Ameena sedang s@kit, selain turut menjelaskan dia tidak pernah menghalang anaknya itu untuk menghubungi Shakilla.
Bukan itu sahaja, malah Fizi turut mempers0alkan tindakan bekas isterinya itu yang didakwa tidak cuba untuk mendapatkan khabar sendiri melalui panggilan video.
Klik untuk gambar besar
Malah dalam satu temu bual, Shakilla juga memberitahu, dia tidak dimaklumkan bahawa anaknya itu sedang s@kit ketika mengikuti Fizi mengerjakan ibadah umrah.
Dalam pada itu, Fizi berkata, perkara sebegini tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan mas@lah besar antara mereka.
"Kenapa nak jadikan isu? Takkan semua saya nak beritahu. Di sini saya kena uruskan tiga anak dan seorang isteri. Hari-hari penuh aktiviti. Benda mudah buat apa nak sulitkan," ujarnya.
Difahamkan, Fizi kini berada di Tanah Suci Makkah bersama Ameena dan isterinya, Siti Zulaikha serta anak kecil mereka. Turut ikut bersama adalah anak kepada Zulaikha hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk makluman, Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 6 tahun.
Kemudiannya, Fizi kembali mendirikan rumah tangga dengan Zulaikha pada 23 Oktober 2023, manakala Shakilla pula bertemu jodoh dengan Mohd Fariz dan sah bernikah pada 24 Februari 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment