22 November 2025

"SAYA RAPAT DENGAN TALITA SEBAGAI KAWAN SAHAJA, TIDAK LEBIH DARI ITU" - AMAD DAYYAN



Anak kepada penyanyi Siti Saerah iaitu penyanyi remaja, Amad Dayyan, 13, tampil menjelaskan hubungannya dengan anak pelawak dan usahawan, Shuib, Dzahira Talita Zahra atau Talita, 12, hanyalah sekadar kawan rapat dan tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang diperkatakan netizen.

Kata Amad atau nama sebenarnya, Ahmad Dayyan Saiful Anuar, dia dan Talita mula berkawan rapat kerana terbabit dalam pr0gram realiti Talk To My Manager (TTMM) sebelum ini.

"Saya rapat dengan Talita sebagai kawan sahaja, tidak lebih dari itu. Kawan-kawan dalam pr0gram TTMM termasuk Talita semuanya baik-baik dan mereka sudah dianggap seperti keluarga saya.

Klik untuk gambar besar

"Insya-Allah, kalau ada rezeki saya dan Talita akan keluarkan satu lagu duet bersama," katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran single sulungnya, 'Mendewasa' baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran itu, Talita turut hadir bersama bapanya dan ibu tirinya, Watie Hanifiah, sekali gus memberi sokongan pada Amad.
Dalam pada itu, mengulas dakwaan ada pihak yang c£mburu dengan hubungan rapatnya dengan Talita pula, Amad menafikannya.

"Tiada yang c£mburu pun hubungan (persahabatan) saya dengan Talita. Saya cakap kepada mereka (peminat), kami hanya kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Saya pun masih muda lagi," tuturnya.

Terdahulu, Amad dan Talita sering menjadi perhatian netizen apabila penyanyi remaja itu memuat naik foto mereka di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: