22 November 2025

SUAMI HADIAHKAN SEBUAH KERETA SEMPENA HARI LAHIR - NABILA RAZALI TAK SANGKA GURAUAN DI MEDIA SOSIAL JADI KENYATAAN



"Saya muat naik di media sosial tu main-main sahaja. Sekali betul-betul sampai! Alhamdulillah, terima kasih sayang."

Itulah kata penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, dimana dia menerima hadiah sebuah kereta jenama Jetour Dashing daripada suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Jelas Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, dia pada awalnya hanya bergurau ketika memuat naik hantaran di media sosial mengenai kereta berkenaan, namun tidak menyangka permintaannya itu menjadi kenyataan.

Nabila yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial, turut mendoakan agar suaminya sentiasa dipelihara dan dimurahkan rezeki.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah, ya Allah, peliharalah suamiku, murahkan rezekinya, kuatkan tubuhnya, lapangkan hatinya, dan gantikan setiap penatnya dengan ganjaran yang besar di sisi-Mu," tuturnya.

Berdasarkan tinjauan, harga kereta Jetour Dashing di pasaran mencecah lebih RM100,000.

Untuk makluman, Nabila dan Nik Iruwan, 40, mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nik Muhammad, yang kini berusia 11 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: