"Masa menghantar anak kepada ayahnya, anak pesan pada umi, nanti dah sampai sana, kita video call umi, okay? Sebagai umi, saya pun menunggu. Saya hormat kerana ketika itu mereka sedang beribadat.
"Saya tak pasti bila masa sesuai untuk bertanya atau buat panggilan. Maka saya tunggu dan terus menunggu. Sampailah ada orang luar yang kongsi Ameena katanya kurang sihat. Dalam hati, rendahnya martabat aku sebagai mak kandung. Anak s@kit pun tak tahu."
Demikian tutur pelakon Shakilla Khoriri, 36, dimana dia sekali lagi berkongsi luahannya selepas tidak menerima sebarang khabar mengenai keadaan anaknya, Ameena Sofia yang berangkat menunaikan umrah bersama bapanya yang juga penyampai radio, Fizi Ali.
Kata Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, sebagai ibu dia tidak tahu waktu paling sesuai untuk menghubungi anaknya yang berada di Tanah Suci bersama keluarga bekas suami.
Shakilla yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial itu mengakui, walaupun cuba bersangka baik tapi hatinya tetap terusik apabila tiada maklumat terus diberikan kepadanya, walaupun sekadar panggilan ringkas.
Klik untuk gambar besar
"Ameena ada banyak perkara yang disimpan dan dipendam. Saya je tahu tapi saya bersangka baik. Macam mana dia punya happy setiap kali saya cakap nak hubungi bapa dia walaupun dia tak pernah minta call apa lagi video call.
"Saya yang beria-ia sebab saya nak anak tu kongsi apa dia buat pada bapa dia yang tak pernah ambil tahu. Saya tak pernah kisah. Tak pernah berkira, malah saya tak teruskan tuntutan nafkah sebab saya faham," ujarnya.
Dalam luahan sama, Shakilla seolah-olah k£sal apabila terdapat individu yang dikatakan cuba mengajar anaknya untuk menjauhkan diri dengan ibunya kandung sendiri.
"Sedih jua hati seorang umi ni. Bila eg0 mengajar anak untuk membelakangi ibu kandung. Tapi tidak mengapa. Tak perlu dipanjangkan. Saya maafkan. Yang lain minta maaflah pada Allah. Pandai-pandailah.
"Saya penat. Selepas ini teruslah menjadi hanya penjaga yang ambil anak dua kali seminggu seperti mana yang dia katakan perintah mahkamah. Tak apa. Selagi ada kesihatan dan rezeki, saya berjuang sendiri," katanya.
Pada Jumaat lalu, Shakilla meluahkan rasa rindu apabila mendakwa sudah sembilan hari tidak menerima maklumat mengenai Ameena yang ketika itu berada di Tanah Suci, namun begitu, dia percaya anaknya mungkin sibuk menjalani ibadah umrah.
Susulan kenyataan Shakilla itu, Fizi menerusi media sosial tampil memberikan penjelasan, dimana dia menafikan Ameena sedang s@kit serta memberitahu, tidak pernah ada halangan untuk Shakilla menghubungi anak mereka.
Untuk makluman, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Januari 2018, sebelum bercerai pada Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia enam tahun.
Selepas berpisah, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula berkahwin dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment