"Kami ingin minta maaf tentang pembatalan konsert Good Girls Gone Bad. Kami faham ramai antara anda yang begitu menantikan konsert ini, begitu juga dengan kami.
"Kami juga kec£wa seperti anda semua. Mal@ngnya, pihak penganjur dan pasukan terpaksa membuat keputusan ini selepas mendapati mereka tidak dapat menyiapkan p£rmit serta kelulusan pihak berkuasa yang diperlukan dalam masa ditetapkan.
"Tanpa kelulusan tersebut, konsert ini tidak dapat diteruskan. Atas faktor itu, Dolla dan pasukan kami tidak sanggup mengambil ris1ko kemungkinan konsert dibatalkan dua atau tiga hari sebelum acara berlangsung."
Itulah kata salah seorang anggota kumpulan Dolla, Sabronzo yang menjelaskan, keputusan membatalkan konsert Dolla Good Girls Gone Bad itu terpaksa dibuat selepas pihak penganjur tidak dapat menyiapkan p£rmit serta kelulusan pihak berkuasa.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran video yang dimuat naik di media sosial rasmi Dolla hari ini.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Tabby memberitahu, Dolla terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan, meskipun telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan persembahan terbaik untuk peminat.
Dalam pada itu, kata Tabby lagi, Dolla bakal merancang acara istimewa pada tarikh pembatalan konsert itu bagi menghargai kesetiaan peminat.
"Kami telah bekerja keras dengan pasukan yang luar biasa, dari visual ke persembahan tarian, juga pr0duksi muzik konsert ini untuk menyediakan persembahan yang terbaik untuk anda.
"Kami benar-benar harap dapat teruskan konsert, tapi mal@ngnya keadaan tak membenarkan. Tapi kami berjanji buat iDolla, untuk berjumpa dengan anda kerana kami benar-benar merindui kalian semua. Tunggu konsert penuh kami pada tahun depan," tuturnya.
Disamping itu, Angel pula memberi jaminan kepada pemegang tiket bahawa pr0ses pemulangan dan pengurusan tiket akan dijalankan dengan lancar.
"Bagi mereka yang telah membeli tiket, jangan risau, kami akan memastikan pr0ses ini berjalan dengan lancar.
"Terima kasih atas kasih sayang, kesabaran dan sokongan anda terhadap kami selama ini. Kami berjanji akan kembali dengan persembahan yang hebat. Kami sayangkan anda, iDolla," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment