"Antara tanda paling besar seseorang itu 'r£d fl@g' adalah dia, sama ada lelaki atau perempuan, memilih untuk membuka a1b bekas pasangan selepas putus cinta atau bercerai.
"Perbuatan sebegini jelas menunjukkan sikap tidak matang dan tiada kelas. Apa sebenarnya yang ingin dicapai dengan mendedahkan a1b bekas pasangan kepada umum?"
Itulah kata penyanyi dan pelakon, Farahdhiya, 41, dimana dia tampil menegur segelintir individu yang gemar membuka a1b bekas pasangan selepas berpisah atau bercerai dengan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang serta tiada maruah diri.
Farahdhiya yang berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di Thr£ads miliknya berkata, tindakan menceritakan keburukan bekas pasangan kepada umum bukan sahaja menunjukkan sikap tidak matang, malah mencerminkan tahap pemikiran seseorang yang kurang bijak.
Klik untuk gambar besar
"Secara jujur, saya langsung tidak menghormati individu seperti ini. Tidakkah mereka berasa m@lu? Tidak terfikirkah tentang perasaan keluarga dan anak-anak?
"Akhirnya, mereka sendiri yang kelihatan terd£sak dan kebudak-budakan. Gunalah akal yang dikurniakan Tuhan dengan sebaik-baiknya. Ingatlah, setiap orang ada a1b masing-masing, jangan sampai tiba masanya a1b sendiri pula yang terbuka," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment