"Saya memang tak pernah meny£sal soal cinta. Setiap hubungan yang datang, baik atau buruk, adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Saya belajar sesuatu daripada setiap kisah itu.
"Kalau gag@l sekali atau dua kali, tak bermakna hidup saya berakhir atau hilang kepercayaan terhadap lelaki. Saya percaya Allah akan hadirkan seseorang yang lebih baik, sambil menjadikan saya juga insan yang lebih baik."
Demikian ujar pelakon dan usahawan, Nora Danish, 43, dimana dia tidak pernah meny£sali takdir dirinya, biarpun pernah melalui episod cinta yang berakhir dengan air mata.
Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif, sebaliknya berkata, hubungan yang gag@l bukan kerug1an, tetapi menjadi pengalaman berharga untuk memperbaiki diri dan memahami erti sebenar kehidupan.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini juga mengakui, dia masih menyimpan harapan untuk kembali mendirikan rumah tangga apabila tiba waktunya.
"Sudah tentu saya masih mahu berkahwin, nak ada pasangan yang sama-sama menuju ke syurga. Hidup seorang diri pun penat juga. Kalau ada teman memahami, tentu lebih indah, tapi saya serahkan segalanya pada Allah," katanya.
Klik untuk gambar besar
Malah, Nora juga menyifatkan Mickey sebagai seorang yang menghiburkan dan sering membuat dirinya tertawa walaupun memiliki perbezaan usia.
"Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik. Saya berjiwa muda, jadi saya tak rasa perbezaan umur itu mas@lah besar. Mickey pula matang dan tahu cara menenangkan saya.
"Kami saling melengkapi," tuturnya yang turut memberitahu, lelaki berusia 33 tahun itu juga seorang yang menyenangkan dan mudah membuatnya ketawa.
"Dia jenis yang fun, banyak buat saya ketawa. Dalam masa sama, dia juga bantu beri idea dalam bisnes. Tapi saya tak nak cakap lebih-lebih, sebab kita tak tahu ke mana arah hubungan ini.
"Buat masa ini kami fokus pada kerjaya masing-masing," jelasnya yang mengaku jejaka itu merupakan individu yang sedang rapat dengannya ketika ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment