02 November 2025

KAMAL ADLI RINDU ANAK, KONGSI VIDEO LUANG MASA BERSAMA - PEMINAT LUAH RASA SIMPATI, DOAKAN AGAR JODOH MASIH KUAT



"Tiada apa, cuma rindu," itulah tulis pelakon Kamal Adli, 39, menerusi hantaran video yang dimuat naik, dimana ia memaparkan dia meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, 18 bulan.

Dalam video tersebut, Hawra dilihat sedang berlari-lari di kawasan lapang, sebelum berlari ke arah ayahnya dan memeluk Kamal sambil tersenyum.

Difahamkan sejak perg0lakan rumah tangga bersama pelakon Uqasha Senrose, Kamal dilaporkan sudah tidak tinggal bersama anak perempuannya itu.

Luahan hati Kamal mengenai kerinduan terhadap anaknya itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mendoakan agar jodoh pasangan itu masih kuat, selain berharap Kamal tidak putus asa untuk memujuk isterinya itu.

Klik untuk gambar besar

Namun, ada juga peminat yang mendakwa Kamal sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya itu.

"Sedihnya, ini macam video lama. Kalau tak bagi jumpa pun jangan pisahkan anak dengan ayah.

"Sampai tak boleh jumpa anak ke? Anak perempuan ini manja dengan ayah dia.
"Anak perempuan tak boleh berpisah dengan ayah dia walau apa pun. Semoga lembut hati Uqasha terima Kamal semula," antara komen-komen peminatnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi perhatian ramai apabila pelakon wanita yang berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: